OOO

Khamis, Februari 22, 2018

RENDANG ITIK SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum semua

Geram betul bila tenguk itik bergantungan masa nak gi hantar pengantin kat sepanjang jalan nak ke Jalan Muazam.  Dah tau dah harga itik ni, kalau kat area situ memang dalam lingkungan harga RM3-45 seekor.


Oleh sebab pokok daun kunyit dah kojol, baru semai pokok yang baru tak dapatlah masukkan daun kunyit, kali ni guna daun salam/daun bay kering.

Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong 12
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 12 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik
  • sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar kerisik
  • sedikit minyak 
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan. 
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Panaskan minyak, tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan yang lain.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  (klu guna p/c x pyh ikut step ni yer)
6.  Kacau dan masukkan santan pekat  dan sedikit air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul. Masukkan juga kerisik.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam, rasa dan pastikan daging itik dah lembut.  Kalau belum lembut buh lagi air.  Tapi sekarang ni kebanyakan itik tak liat isinya dah..

4 ulasan:

  1. Sedapnya rendang itik...Cara nk buat pun mudah je kan..nak cuba la buat

    BalasPadam
  2. Sedapnya..boleh cuba buat nanti..salam singgah dan salam kenal..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Sedapnya rendang itik tu, tapi nak cari itik susah juga tu

    BalasPadam
  4. Rendang itik memang sedap kan ina.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers