Assalamualaikum semua
Sejak pindah kat Salak Tinggi, banyak jumpa tempat nak mamam, ada yang sedap, ada yang kurengg.
Oleh sebab akak ni suka cuba makan sana, makan sini, banyak yang dalam blog ni akak buh tempat yang akak rasa sedap kat tekak akak. Yang tak sedap akak tak buh lah, mungkin bagi tekak orang lain sedap.😁
Yang sedihnya, bila ada tempat yang akak suka dah ada yang tutup, mungkin ada sebab sebab yang empunya kedai sajer yang tau. Biasalah berniaga ni, ada pasang surutnya.😃
Tenguk tempat jual cendul sagu rumbia dah lama sebelum keluar dalam Majalah 3 lagi, bila lalu nak gi Seremban ikut Jalan Labu/jalan dalam memang akan nampak papan tanda.😐
Bila suami bawa memang selalu terlepas, malas nak korner balik.😀 Akhirnya dapat gak merasa bila akak dan Ira balik dari kemas homestay, singgah beli cendol yang lain dari biasa kami makan.😍
Biasa kita makan cendol yang di perbuat dari tepung, kali ni di perbuat dari sagu rumbia. Tau tak pokok sagu, kalau tak tau, google.
Dari pokok sagu, mereka akan hancur/kisar isi kat dalam pastu perah seperti perah santan kelapa. Pati ini akan dibiarkan selama sejam bagi mendapatkan mendapan sagu yang padat yang berkumpul di bahagian bawah. Kemudian di keringkan baru di buat cendol.👌
Akak ada buat N3 masa duk kat Miri, ada akak buh gambar ulat sagu dan cebisan isi pokok rumbia.

Memang lain, rasanya kenyal tak lembik. Akak beli 3 bekas nak bawa Imran dan suami rasa. Orang kata ramai, nak kena tunggu, nasib baiklah kami sampai lagi 2 jam sebelum solat Jumaat.😃
Tak payah beratur lama, akak beli gak laksa, sedap laksanya, harga pun tak mahal. Selain dari laksa, ada gak kuih muih, nama tokeh
Rohaisham.😊
Sesiapa yang lalu dari Labu ke Seremban tepatnya di Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, bolehlah singgah merasai keenakkan cendul sagu rumbia ni. Memang ada umphhhhh.😙. kalau takut sesat boleh ajer guna google map atau waze.😊
sedapnya cendol tu...
BalasPadam