OOO

Selasa, Februari 27, 2018

RESEPI DAN RUPA BISKUT VIRAL ALIEN

Assalamualaikum semua

Biskut ni dah jadi viral di fb Masak Apa Hari Ini, bermula dengan sorang yang buat, lama kelamaan berjangkit dari sorang ke seorang.

Yang kelakarnya bentul alien yang di pilih, bila dah siap ada pelbagai rupa dan bentuk. Pelbagai bahan yang mereka jadikan mata dan mulut alien ni....memang melucukan.

Tak kisahlah kan , janji mereka rajin mencuba, yang membuatkan pembaca terhibur sebab caption dan komen yang menghiburkan.
Hari ni, yang paling cun, bentuk bibir Dato Seri Vida pulak.

Tak sabar nak cuba, ni resepinya yer.  Macam resepi biskut susu, bentuk jer lain.

Ini resepi biskut susu 4 bahan., hasil perkongsian dari  MariaKhalisya Khalis

BAHAN-BAHAN

Buttercup 1/2buku
Susu pekat manis 1/2tin
Tepung jagung 400g (sepeket)
Susu tepung 4 sudu makan (saya guna nespray)

CARA-CARA

1. Adun semua bahan sampai jadi doh. Kalau keras sangat tambah 2 sudu butter bagi lembut sikit.
2. Dah jadi doh bentukkan. Kalau bentuk macam saya, saya tambah coklat cip.

3. Bakar 165-170c api bawah, 25 minit kalau bentuk macam saya.



Selamat mencuba.
Jangan lupa up status di facebook tau.

Akak belum ada virus R nak mencuba. Tunggu nak raya nanti aa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...