OOO

Isnin, Februari 26, 2018

RESEPI NUE NAM TOK/GRILL DAGING PEDAS

Assalamualaikum

Suka betul makan masakan siam, sebab ada masam, manis dan ada buh pudina dan ketumbar.  Selalu buat, dah lama tak tepek resepinya.


Bahan-bahan
Kali ni beli daging salai yang dah siap jer, malas nak buat. Hiris nipis yer.

Kalau nak buat daging salai ni resepi kat SINI

Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~akak tukar ke daun ketumbar
  3. daun bawang ~ dihiris
  4. 1/2 cawan daun pudina ~ tak letak
  5. 1 sudu besar gula pasir
  6. 1 sudu besar gula melaka/gula nisan
  7. 2 sudu besar sos ikan
  8. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  9. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  10. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...