OOO

Selasa, Februari 06, 2018

RESEPI PIZZA HOMEMADE SEDAP


Assalamualaikum semua

Sekali sekali layan makanan omputih, gunakan sos spagheti yang tak habis.





Bahan Doh:-

1. 250 g tepung roti (high protein flour)
2. 130 ml air 
3. 1/2 camca teh garam

4. 1/2 camca besar gula 
5. 1 camca teh yis (instant yeast)
 
6. 1 camca besar madu
 
7. 1 camca besar lemak sayur (shortening)

8. 2 camca besar minyak zaitun 
9. 2 ulas bawang putih, cincang halus
 
10. 1 camca teh oregano kering


UNTUK DOH

1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. 
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
 
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
 
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
 
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
 
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.


KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.





BAHAN UNTUK DI LETAK DIATAS PIZZA
  • minyak zaiton
  • smoked beef pepperoni
  • crab stick
  • cili benggala
  • mozarella cheese
CARA-CARA
1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton.
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

4. Ratakan sos spagheti dan selang selikan smoked beef pepperoni 

 5. Letak pula  crab stick dan cili benggala  
6 Taburkan  mozarella cheese. 
7. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Ada pelbagai resepi pizza
ada resepi Pizza GebuPizza, Seafood Pizza dan Soft Crust Pizza.

2 ulasan:

  1. wahhhh
    pos sini sikit kak
    nampak sedap tu

    BalasPadam
  2. Menarik bahan-bahan untuk buat doh, sedap ni. Terima kasih resipinya Kak Ina 😊

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers