OOO

Jumaat, Februari 09, 2018

RESEPI WANTAN GORENG

Assalamualaikum semua

Kami makan wantan goreng kat satu restoran di Bangi, tapi tak menepati citarasa keluarga kami.  Akak ajak anak-anak tolong lipat, kali ni buat stail sampan.

Sekejapan ajer dah habis, kena buat 2 paket lain kali, oleh sebab buat ni renyah, kena ada yang tolong.  Ira tolong akak lipat, Imran tolong goreng.  Dah boleh harap dah anak lelaki akak ni.

Dulu pernah buat ikut resepi yang INI.

Bahan-bahan
  • 1 peket kulit wantan
  • 1/2 cawan  isi ayam- kisar 
  • 1/2 biji bawang besar- cincang halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair 
  • 1/2 tsp lada sulah 
  • 1 btg carrot - sagat 
  • garam secukup rasa

Cara-cara
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers