OOO

Ahad, Februari 11, 2018

ILMU HISAB ATAU MATEMATIK

Assalamualaikum semua
Bila baca ilmu hisab jangan ingat hisab lain pulak.  Dulu dulu masa akak sekolah rendah tahun 70an, masa tu panggil matematik di panggil perkataan sebegitu.  Ada gak yang panggil mata pelajaran kira kira.

Cikgu ilmu hisab yang akak ingat ialah Cikgu Wong, seorang guru cina yang amat garang, muka pun macam langsi.  Tak taulah beliau masih ada di dunia ini ataupun tidak.

Oleh sebab tunggu bas sekolah kat Setapak, selalu terjumpa cikgu ni sebab ayah dia ada restoran kat situ.  Bila nampak kami tiga beradik akan segera menjauhkan diri, seram oooo😲

Teringat masa sekolah dalam kelas  dulu, bila cikgu cakap
"okay cikgu nak panggil sorang tunjuk kat depan" 
masa tulah akak zikir takhabis habis sebab akak tak berapa pandai dalam ilmu hisab tu.πŸ˜™

Masa tu memang tak akan bertentang mata dengan Mr Wong, dalam hati berdoa agar tak panggil nama akak.πŸ˜•

Tunduk ke bawah macam kura kura yang sorokkan kepala atau pun cuba sorok muka belakang kepala kawan kawan.πŸ˜‚πŸ˜‚Macamlah cikgu tu tak nampak kita.

Pura-pura masa tu sibuklah nak padam tulisan dalam buku ataupun nak korek pensil.πŸ˜…

Berdoa kononnya nak jadi halimunan sebab pada masa ada satu siri tv cerita omputih yang siarkan cerita pasal orang yang tak nampak, boleh buat macam macam.

Bila kena panggil nama memang rasa nak menangis sebab malu bila tak dapat buat. Ada masa akak boleh jawab ada masa tak dapat buat.  Paling tak suka bila kena denda berdiri atas kerusi sebab tak dapat buat.😴

Sampailah sekolah menengah subjek ilmu hisab tak pernah akak score, tapi taklah gagal.  Alhamdulliah ada anak akak ni boleh tahan gak result mereka sebab mereka minat seperti juga suami akak.

Ha korang, apa pulak cerita korang pasal belajar ilmu hisab aka kira kira ataupun matematik ni? Tentu ada pengalaman kelakar kan😘


kredit pic : google


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers