OOO

Jumaat, Mac 02, 2018

MERIAHNYA DATARAN PUTRAJAYA WAKTU MALAM

Assalamualaikum semua

Jalan jalan malam ni dah lama, baru nak buat N3, kena buh gak buat kenangan.

Kawan Ira tidur kat rumah, kesianlah pulak duk kat rumah ajer.  Ira cadangkan jalan malam ke Putrajaya jerlah tenguk lampu.


Kami dah pernah solat beberapa kali kat Masjid ni, pernah ambik gambar tapi waktu siang. Masa ni Yana masih belajar di KTT Salak Tinggi.

Kebetulan kami pergi pada malam minggu, wah meriah sungguh kat Dataran kat Masjid Putrajaya ni. Sebelum tu singgah ambik gambar kat Jambatan Wawasan.

Selain dari tempat beribadat, kat sini ramai ibubapa membawa anak-anak menghirup angin malam.
Kami pun tak tunggu aa, ashiklah ambik gambar dan video buh kat IG. Seronok tenguk kelakuan anak anak kecil bermain basikal, roller skates, control car dan berlarian dengan adik beradik di sini.
nak cari parking payah gak bila ramai orang, bila tenguk suasana meriah bila ada ramai anak kecik, teringat cucu kami, lain kali nak bawa anak cucu kat sini aaa, insyallah.
Tentu orang yang duk kat area Putrajaya dah pernah sampai kat sini kan, jangan risau kalau tak bawa apa apa, ada pelbagai permainan seperti basikal, kasut roda, skuter yang boleh di sewa kat sini.

Balik dari situ dah pukul 10 lebih, singgah restoran makan dan minum.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...