OOO

Isnin, April 09, 2018

MINYAK PAKET VS MINYAK BOTOL?

Assalamualaikum semua

Sekarang ni bahan masakan dan untuk rumah dah naik, sikit memang tak terasa bila beli banyak memang terasa sangat.

Ingat lagi dulu dulu kalau beli kat Giant harga RM400 boleh dapat 2 troli, sekarang ni suku troli pun dah beratus.

Nak berjimat kena beli barang yang tak berjenama tapi kualiti mesti ok.  Banyak sekarang ni produk yang yang tak ada jenama menawarkan harga yang murah.

Yang paling terasa ialah minyak masak, dulu harga RM13.90 terus naik ke RM22.90 bergantung kepada jenama.  Bagi orang melayu masakan dan kuih muih bergoreng memang selalu ada di rumah macam karipap, keropok lekor dan yang lain lain.

Dah tentulah minyak masak menjadi barang wajid setiap rumah kan.  Bila akak tenguk harga minyak paket yang murah, teringin gak nak cuba.  Bila tanya pendapat kawan kawan di facebook ada pelbagai komen yang mereka berikan.


Nenie

Saya guna myk botol... Dulu kualiti ia berbeza...klu paket ia cepat keruh, dlm botol myknya jernih sikit walau 2~3 kali guna utk goreng cekodok/keropok...
Tp skrg saya perasan, myk botol dah tak sejernih dulu dan kuning sikit kalernya... Yg paket skrg, saya tak tau kualiti ia sbb susah nk jumpa


Siti Ruhayu 
Tak kisah janji minyak masak. Sbb keduanya ayu guna

Khai
Same je kak saya gune. Dedua sy pakai. Biase kalo bli brg dapur beli 1 botol yg sederhana pastu yg paket beli 3. So topup je .... Biase yg botol sy simpan time darurat bru gune. Heeeeee

Suzie 
Walaikumsalam sy guna myak Pekat Klu mggoreng Oke je Klu masak2 bru Guna mnyak botol

Umiey Roses
Isi Myk peket lbh byk Dr Myk botol

Aziemas Noor 
Saya guna 2 tu peket blh botol boleh..peket susah nk dpt skg ni..limited, maka saya beli botol kecik2, lg jimat 😁😁😀😀, kdg stok ni sampai 6 bln hehhehe

Ratna Husna 
Sblm harga minyak masak naik saya guna minyak 5kg. Lepas naik mendadak sy beli yg peket. Tp skrg sy beli botol 1kg punya sebab harga mampu milik berbanding yg botol 5 kg jauh bezanya... lg untung botol 1kg. Tp yg peket paling murah.

Nazlynn 
ntah la ngah..mcm xde beza ye..yg pasti minyak paket murah..rn2.50 1 paket..lin guna utk goreng ayam/ikan..kopok2 ke...nugget...so far..ok je ngah..ada gak yg minyak oaket jenis keruh..tp toksah le abik yg tu..😝😝😝



Kamal
Kalau boleh elakkan guna minyak paket sebab ia minyak recycle.Tak baik utk kesihatan.

Nizza 
Kak ina...so far yg saya dpt tahu, minyak peket tu adalah minyak yg telah diguna dan telah direcycle semula...kita tidak tahu punca dpd mana yg tlh diguna itu..agak meragukan...yg dlm botol adalah minyak baru yg belum diguna...saya menggunakan minyak ALIF, keluaran Felda...boleh diyakini halalnya

Junaina 
Minyak paket je kak, sekali dua guna buang je. Setakat ini kualiti menggoreng sama sahaja.


Noorsha Adam 
Saya guna botol..tapi kalau terdesak sgt cari yg paket.. Tu pun tak bli brand sebarangan... Kat taman sy ade jual yg paket brand sri murni.. Baru berani beli..kalau takde saya sanggup drive pegi econsave beli minyak botol 1 kg... Sb. Pernah tgk dokumentari tv3, minyak paket tu kebanyakannya minyak kitar semula


Nasi Lemak Seremban 
guna paket jer kak kalau bleh cap ketupat ataupun cap bagus warna jernih sket

Nona Haryatie 
My friend buat uji kaji the best quality oil ialah minyak sawit ... so guna minyak sawit.. yg selamat dlm botol lah... tapi hanya boleh guna 2kali tak lebih dari itu... nanti saya tanya beza dlm plastik n botol.
Dia cakap kemungkinan plastik tu yg recycled bukan minyak. .. tapi bila minyak di letak dlm plastik yg di recycled tak bagus..

Nor Aznim 
Ok je guna minyak peket.
Skang ni seri murni dan bbrp brand lain ada buat myk peket.
Sebenarnya anak yg berniaga ckp,myk peket utk kegunaan rmh.
Myk botol utk berniaga😃.
Tp sy guna dua2.takde masaalah.


Puan Bee
 sejak minyak naik beli paket aje la..dulu beli tong besar tu ..baru rm13.. skrg dah lebih dr tu harga dia ..

Cahaya Leana 
Rasanya myk peket dgn botol sama je..permainan diorg ni..kalau betul myk recyle byk2 tu nk dpt dr mna..bukan sikit keluaran diorg...cerr kita kira..dulu myk boleh dpt harga rm13 5kg kan utk satu botol...kalau paket 5kg rm12:50...maknanya myk botol tu pun myk yg sama kualiti cuma + 50sen utk botol..jd la rm13
Ada yg kata myk botol yg mahal tu cuma brand diorg je dh terkenal sbb tu jual mahal. 

INFO SEBENAR MINYAK PAKET

Untuk pengetahuan semua, asasnya minyak masak ini adalah berasal dari minyak sawit mentah yang diproses dan kemudiannya disebut sebagai "RBD (refined, bleaced and deodorized) Palm Olein" atau "Minyak Sawit (diperhalusi, dijernihkan dan dinyahbau)".

Di pasaran kita akan lihat ada yang dijual secara paket dan dijual secara botol. Apa beza kedua-dua jenis ni?

"Minyak masak paket" yang dibungkus dalam paket 1KG adalah minyak masak yang dikawal oleh kerajaan dan hanya boleh dijual pada harga subsidi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Manakala minyak yang dijual di dalam botol atau bungkusan bersaiz selain dari itu, adalah tidak dikawal oleh kerajaan dan terpulang kepada pengeluar untuk menentukan harganya berdasarkan pasaran semasa.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa minyak masak botol tidak semestinya lebih berkualiti daripada minyak masak paket. 

Ada minyak masak botol yang mempunyai kualiti yang sama dengan minyak masak paket dimana pengeluar hanya membotolkan minyak masak yang sama dengan minyak paket tanpa melakukan sebarang proses tambah nilai kepada minyak tersebut dan boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan jenama minyak masak terkenal akan melakukan proses tambah nilai atau tambah baik kepada minyak masak yang dijual secara botol bagi meningkatkan kualiti produk mereka. 

Antaranya ialah proses penapisan ulangan bagi meningkatkan kejernihan dan mengurangkan titik awan (cloud point).

Minyak masak paket kebiasaannya sedikit gelap dan mempunyai titik awan yang lebih tinggi (CP 8 ) manakala minyak masak botol yang ditambah baik akan lebih jernih dan mempunyai titik awan yang lebih rendah (CP 6). 

Minyak masak dengan titik awan lebih tinggi akan lebih cepat membeku apabila suhu menurun.

Kebiasaannya takat gorengan minyak masak botol yang ditambah baik adalah lebih sedikit berbanding minyak masak paket atau minyak masak botol yang tidak ditambah baik sebanyak beberapa kali gorengan. 

Penggunaan minyak yang berulang-ulang juga akan mengubah sifat minyak dan mengurangkan takat didih minyak dan akan memberikan kesan kepada kualiti gorengan.

   
Rumusannya


-mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. 

- pilih yang berkualiti tinggi dan berkhasiat dan tanpa kolestrol dan di jamin kebersihannya.
-di yakini halal dan bersih (Halalan Toyiban)

Bukan semua mampu nak beli minyak yang tak ada subsidi kan..biarlah beli yang paket pun tak apa, janji masak kat rumah.

Akak pun kadang kadang beli gak minyak peket tapi yang ada jenama macam Seri Murni. 

Makan kat luar pun dah mahal sesangat.

Tepuk dompet baru beli tau

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...