OOO

Jumaat, April 06, 2018

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP ALA JAWA SEDAP

Assalamualaikum semua

Masakan ayam ungkep ni asalnya dari jawa, dulu dulu nenek moyang kita kan kebanyakkannya dari negara seberang.  

Tak hairanlah banyak masakan kita cara memasak dan bahannya adalah sama, cuma kadang kadang nama ajer berlainan.

Akak lebih suka gunakan ayam kampung bila masak ayam masak ungkep ni, yang bestnya tak yah guna santan.  Akak ambil resepi dari Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ayam, potong saiz sederhana
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf-Yatie guna yg kering je
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 tangkai cili hijau
  • 10 - 15 biji cili padi merah
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
  3. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  4. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).Tutup dan biarkan mendidih dengan api yang sederhana.
  5. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
  6. Masak dengan api sederhana hingga kering.
  7. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...