OOO

Selasa, Mei 15, 2018

MENUJU DUNIA BARU MALAYSIA

Assalamualaikum semua
Akak ni tak habis habis lagi demam PRU14 tau, sejak dari hari pengundian pada 9 Mei, 

sehingga ke malam pengiraan undi sehingga ke 10 Mei ashiklah tenguk tv atau sosial media apakah perkembangan terkini.   

Dulu akak tinggal di Kuala Lumpur, tempat mengundi di Sekolah Setapak Indah, masa tu baru sehari keluar dari hospital di sebabkan masalah lutut.  Tetap gagahkan diri gi mengundi.

Kali ni kami mengundi di Sekolah Kebangsaan Salak setelah berpindah di Salak Tinggi.  Dah tentu suasananya berlainan.
Menantu yang beranak kecil pun sanggup pergi mengundi gak.  

Semasa pengundian barisan memang panjang sungguh terutama di kalangan golongan yang pertamakali mengundi macam anak akak Ira.  Kali ni semangat orang ramai keluar mengundi memang lain macam sungguh.
Walaupun panas terik, berpeluh atas bawah, beratur berjam jam, masing masing menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara malaysia.

Peluang yang datang cuma 5 kali setahun tak boleh di sia siakan sebab dengan undi kita akan menentukan corak pemerintahan negara yang tercinta ini.
Terasa gembira di hati  bila saat  parti di bawah naungan Tun M menang besar di pilihanraya 2018 kali ini.
Seperti semua orang tau, kali ni rakyat terpaksa mengorbankan parti UMNO yang telah kekal memegang tampuk pemerintahan selama 60 tahun di sebabkan oleh pemimpin tertinggi yang telah melakukan pelbagai kesilapan sepanjang beliau memimpin.

Sedih memang sedih tetapi rakyat yang berkuasa untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang pemimpin tertinggi di negara ini.

Bila Tun M di lantik sebagai Perdana Menteri kali kedua memang rasa bangga dan sedih atas pengorbanan beliau untuk memulihkan ekonomi negara, biarpun dah berusia 92 tahun semangat beliau amat di hargai.

Akak tertarik dengan status teman alam maya Saudara Ahsan Nur Mubarak Annuar sehingga meminta kebenaran beliau untuk berkongsi di blog akak.

Kesimpulan PRU14:

Buat penyokong BN:
Orang bukan bencikan BN,  orang bencikan pemimpin kamu. Bencikan sistem pemerintahan kamu.  Kontraktor,  jurutera,  supplier,  GLCs,  mereka akan faham. Muhasabah diri,  dan be better for next time.  Pilih yg ikhlas dalam kerjanya.  Saya akui.  Masih wujud pemimpin kamu yg berjiwa rakyat.

Buat penyokong PAS:

Tahniah kerana inilah rekod terhebat sepanjang anda berseorangan.  Tapi jika tanya orang PAS,  mereka rasa patut menang PRU14 nie (please check the reality 😌). Bagi saya,  tidak akan menang orang PAS,  jika masjid belum dipenuhi ketika setiap waktu solat fardhu, trrutama subuh.

Sebab misi dan visi kamu jelas,  tapi berat.  Check realiti,  anda tahu.  Jadi, kekalkan perjuangan membentuk muslim yg sejati.  Jangan menyimpang dgn arus negativiti dalam dunia politik.  Kepimpinan melalui teladan. 

Buat penyokong PH:

Tahniah kerana berjaya membentuk kerajaan baru.  Tapi jangan ikut perangai macai. Jadilah penyokong yg berilmu,  berintegriti,  dan berwawasan tinggi.  Keep calm.  Jangan jadi sama macam penyokong kerajaan lama.

Dan ingat,  bukan semua penyokong PH,  adalah orang PH.  Kemenangan kamu,  hasil dari undian sesetengah orang PAS,  dan BN sendiri,  yg inginkan perubahan.  Jadi,  buat yg terbaik.  Mandat yg diberi,  jangan disia-siakan.

Orang PAS dan BN yg undi kamu,  inginkan pembersihan RASUAH,  pembersihan sistem kotor dalam pemerintahan..  Be the best for this 5 years.  Dan insya Allah,  kami undi kamu lagi jika terbukti kamu yg terbaik.

Buat semua rakyat Malaysia:
Sekarang bukan lagi waktu nak meroyan.  Nak tuduh sana sini.  Nak sebarkan fitnah sana sini. Nak cuba bukak aib individu sebab tak puas hati. 

Bukan juga masanya nak menganjing.  Nak sindir sana sini. Sekarang masanya kita bina balik Malaysia.  Tak tercapai wawasan negara jika kita masih di tahap ini. Bagilah kerajaan langit sekalipun,  jika rakyat tak bersatu,  tak ke mana kita. 

Saya tahu ramai troopers BN tak puas hati dgn kekalahan mengejut nie,  tapi di sinilah baru kamu tahu,  peritnya jadi pembangkang.  No power,  no money,  no gov support.  Muhasabah diri,  dan jadilah pembangkang yg membina.

Troopers PAS?  Mereka dah biasa jadi pembangkang.  😁. Lagipun PRU14, adalah kejayaan, bukan kegagalan.  Kekalkan dakwah,  hindarkan fitnah. 

Be better Malaysian.  Sayangi Negara Kita. 

#negaraku
#Malaysia
#kerajaanbaru

perkongsian 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1793464690696820&id=100000999185502

Semuga negaraku tercinta akan terus di kenali di dunia antarabangsa di atas kebijakan pemimpin yang bijak dan beriman.  Rakyat jelata juga mendapat kesan yang baik dan berjaya menaikkan taraf hidup dan ekonomi mereka tanpa mengira kaum, agama dan taraf.

Semoga negara kita akan aman makmur, hidup rakyat terjamin dan yang  paling penting jujur serta amanah dalam memikul tanggungjawab yang telah di beri.

Tun M Perdana Menteri Malaysia
Tetap bersemangat walaupun berusia
Lupakanlah segala sengketa
Bermaaf maafan antara kita

2 ulasan:

  1. setuju sangat2... tak perlu nak analisa sangat lah...
    buat kerja pandang kedepan hala tuju yg betul di jalan yg betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, pandang ke depan dan lupakan perkara yang telah berlalu

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers