OOO

Rabu, Mei 30, 2018

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API STAIL NEGERI SEMBILAN

Assalammualaikum semua😇

Sekarang ni harga santan timbang kat tempat akak dah RM11.00 sekg, nak buat macam mana semua harga mahal la ni.😅  

Kalau stail Nogori masak lomak memang tak guno bawang, sonang bo😉nar kan.

Bahan-Bahan
1 kilo siput sedut
20 biji cili api-nak pedas tambah lagi
4 batang serai-ketuk hujung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang daun kunyit-dicarik dan diikat
1 mangkuk  santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukupnya
2 asam keping

Cara-cara

1. Bersihkan/berus siput, buang hujungnya.s
2. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan halia. Setelah semua lumat titikkan serai.
4.. Masukkan bahan yang telah di tumbuk, serai bersama siput dalam periuk.
5. Masukkan juga santan  cair dan asam keping, gunakan api perlahan kacau santan sehingga mendidih, sebab takut naik minyak.
6. Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam dan daun kunyit berserta santan pekat, kacau lagi sehingga mendidih.
7. Biarkan mendidih sebentar, rasa cukup asam garam baru tutup api. Sedia untuk di makan.

3 ulasan:

  1. tak penah msk siput sedut lg ni....nk try laa

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaaaaa.....Fav SA ni...ntah bila nak beli...asyik cancel je..

    BalasPadam
  3. Puasa gini sedap juga kan masak siput sedut..nanti nak cari siputlaaaa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers