OOO

Rabu, Jun 06, 2018

RESEPI SOTONG KATOK SERAI ALA KELANTAN/SOTONG SINGGANG

Assalammualaikum

Sekali sekali tekak nak makan lauk simple, rebus camni. Mula nak buat tomyam tapi bahan tak cukuplah pulak.




Bahan-bahan :
10 ekor sotong ukuran kecil- asingkan kepala dan badan, buang dakwat hitam , cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar - mayang *
1 biji bawang putih - mayang *
1 keping asam keping*
Sehiris lengkuas *
2 batang serai (kecil) tumbuk hujung*
2 cawan air *
Garam 
Cili api
Cili hijau
Bendi

Cara-cara :
Didihkan semua bahan-bahan bertanda bersama asam keping. *
Kemudian masukkan sotong, cili api, cili hijau dan bendi.
Masak hingga mendidih dan masukkan garam. 
Bila dah cukup rasanya bolehlah di tutup api.
*Sotong jangan masak lama sebab nanti liat.


2 ulasan:

  1. Sedap ni..bleh la buat nanti..kebetulan dalam fridge ada sotong

    BalasPadam
  2. Allahu Akbar ....
    indahnya... sedap nyer kak.
    simple tapi gojes!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers