OOO

Rabu, Julai 25, 2018

AYAM PANGGANG SEDAP DAN NASI GORENG SIMPLE

Assalamualaikum semua

Mood merudum nak update blog aa

Kena perap sekejap sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti sejuk.

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. 
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1 jam atau sehingga ayam masak.


NASI GORENG SIMPLE
Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 sudu besar ikan bilis-tumbuk
  • 4 biji bawang putih di tumbuk
  • 5 biji bawang kecil - di hiris
  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu teh kicap manis
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur-di pukul 
Cara-caranya

1.  Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili merah hingga lumat.  
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. 
3. Masukkan  kicap manis dan garam.
4. Masukkan telur kacau hingga hancur baru masuk nasi.
5. Goreng sampai semua bercampur dan rasakan garam.
6. Biarkan nasi garing sedikit dan barulah dihidangkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...