OOO

Rabu, Ogos 01, 2018

CARA AJAR ANAK KUCING BERAS DALAM BEKAS PASIR

CARA AJAR ANAK KUCING BERAS DALAM BEKAS PASIR

Assalammualaikum semua

Bila dah membela binatang ni, dah tentu mereka berak dan kencing kan..faham ajerlah bau bom mereka ni..harummm baunya.

Oleh sebab ibu kucing dah mati, kami kena ajar macam mana nak buang air dalam bekas plastik.

Kami dah mula latih anak kucing buang air kat bekas yang berisi pasir.  Kami memang kurung anak kucing dalam pagar ni, tak bagi bebas.  Buh susu, makanan dan juga bekas berisi pasir.

Mula-mula letaklah anak kucing kat dalam bekas sehingga dah biasa dengan bau.  Biarkan sekejap walaupun dia tak buang air.

Nasib baiklah 3 ekor kucing ni pandai dah cuma seekor ni yang kadang kadang tersasar.
Selalunya selepas bagi minum susu dan makan, tak lama anak kucing ni akan terasa nak buang air.  Bila nampak anak kucing lain macam jer letak anak kucing atas bekas pasir. Nanti dah membuang mereka tak pandai sangat nak tutup balik pasir, kenalah kita tutup dengan pasir kalau idak harum aa baunya.


Kena bersihkan bekas kotoran setiap hari sebab anak kucing tak suka kalau banyak kekotoran dalam bekas tu.  Selalunya kalau membuang dalam pasir, cepat ajer kering najis tu, angkat dengan penyodok kecil pastu buang.  Tinggalkan sedikit sahaja untuk anak kucing mengenali fungsi bekas kotoran itu.
Semakin membesar kenalah tambah bekas kotoran tersebut.   Akak dah mula buh dua bekas.

Kena bersihkan bekas setiap minggu, selalunya kami akak terus buang pasir, basuh dengan air dan sabung cuci pinggan.  Jangan lupa  tinggalkan sedikit pasir yang lama tau dan di campurkan dengan pasir yang baru.  Nak bagi anak kucing cium aroma najis dan air kencing dia.

Ada yang ajar kucing pooo kat dalam tandas rumah, kena kurung 2 hari katanya baru mereka tau caranya.  Ikut masing masinglah kan, mana yang senang, cuma jimatlah tak payah beli pasir kucing.



1 ulasan:

  1. wah bagusnya. selama ni tak pernah tahu pun macam mana nak ajar anak kucing. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 2325

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...