OOO

Jumaat, Julai 20, 2018

PETUA HILANG BAU DURIAN DI TANGAN

Petua Hilang Bau Durian Di Tangan

Sekarang ni kan musim durian, sana sinun dari utara hingga ke selatan buah durian mula gugur.

Tapi yang tak best, durian dah melambak pun penjual tak nak jual longgok, masih lagi nak jual per kilo.   Yang beratnya kulit, isi cuma ratus gram ajer.

Bukannya kulit dia boleh di masak dan di makan.  Ingat dulu masa akak masih kecil, memang penjual jual durian ikut longgok ataupun bakul.

Tu dulu, sekarang ni dah zaman sains dan teknologi kan..redha ajerlah.

Petua ini di kongsikan oleh Encik Madzla Mohamed‎ dalam facebook #mahn

Seorang cina yang  empunya kedai jual durian memberikan petua untuk menghilangkan bau durian di tangan

" cuci tangan dengan cara mencucurkan air paip ke arah kulit durian secara menegak, biar air melalui celah-celah duri kulit durian terus ke tangan " sangat benar petuany.

Tangan langsung tak berbau durian, jadi fobia pula asyik nak cium tangan sepanjang jalan kehairanan tangan saya tak berbau durian " cubalah bagi mereka yg sememangnya belum tau petua ini.

Mulanya saya ketawa saya kata ieyaaa ke, tokey kedai durian kata 
*luu berhenti makan sekarang you basuh tangan... saya buat apa yg disuruh saya kata betul la tangan tak ada bau durian

credit : Madzla Mohamed‎
#mahn


Dah lama dapat petua ni dari orang asli kat Sungai Congkak
memang  hilang terus bau durian kat tangan ataupun  kat mulut bila kumur-kumur bila guna air yang di lalukan atas kulit durian😊

6 ulasan:

  1. oh baru tau info ni. TQ. memang sekarang musim durian. Sampai tak larat jamah durian ni heheh..

    Jemput Singgah : Cara Kemaskini Akaun Pendapatan PTPTN

    BalasPadam
  2. Kalau saya pula, biar ada bau kat tangan, boleh cium tangan bau durian.. sedap apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada gak yang sayang bau durian kat tangan rupernya

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...