OOO

Selasa, Julai 17, 2018

RESEPI GULAI TULANG LEMBU TERENGGANU REMPAH CHAP BUNGA ROSE

Assalammualaikum semua

Sekali sekali layan gulai orang pantai timur memang sedap, sekarang rempah chap bunga rose dah di tukar paketnya.  Dah besar tak macam dulu, kecik jer.  Beli sekali banyak, buat stok.


BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 tulang lembu potong kecill
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besarl rempah gulai cap Bunga Ros | tambah sedikit air dan jadikan pes
  • 3 sudu besar rempah masak cap Bunga Ros | tambah sedikit air dan jadikan pes( jika tiada, boleh diganti dengan rempah kari biasa)
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • Air asam jawa secukupnya
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2  ketul nisan/gula melaka sebesar ibu jari
  • Minyak masak

BAHAN KISAR
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMISAN:
  • 3 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 1 inci halia - mayang kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK
Rebus tulang sehingga lembut, jangan buang airnya.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Masak hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar & cili kering kisar. Masak hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah masak, rempah gulai beserta kerisik. Kacau sehingga masak dan pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan tulang dengan airnya dan juga ubi kentang diikuti santan cair.
  5. Setelah gulai mula mendidih, masukkan santan pekat, air asam jawa dan nisan ( gula melaka).  Perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. 
  6. Biarkan sebati dalam 10 minit dengan menggunakan api sederhana besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...