OOO

Rabu, Ogos 29, 2018

HARGA UBAT KUTU KUCING ADVANTAGE

Assalammualaikum semua

Bila dah beli miaww ni, rupanya ada pelbagai cabaran yang kita harus terima.  Dulu sakit mata masa kecik, ni dah besar, bulu dah cantik, ada pulak kutu.

Macam manusia gakkan, terutama kanak-kanak, waktu sekolah rendah ramai yang kena gak kutu bertelur kat rambut.
Sekarang ni tinggal sekor jer yang loceng hitam yang loceng merah dan biru hilang tanpa di kesan, sedih gak sebab dari kecik kami bela, dah cantik dan sehat ghaiblah pulak. Terpaksa redha dengan apa yang terjadi.

Bila tenguk Hitam ni ashiklah garu garu bawah leher yang pakai loceng tu, ingatkan perkara biasa.  Bila akak sajer check nampak ada cam semut merayap kat leher dia, akak cuba ambik tapi payah yang amat sebab macam gak kutu kat kepala, sekejapan hilang tanpa di kesan.

Kutu kucing taklah gemuk cuma sebesar semut, apa lagi teruslah google cari ubat kutu apa yang perlu di beli.

Akak ajak suami gi ke beli ubat kutu kat pets.twentyone  dekat Giant Nilai, 
staff suggestkan beli ubat kutu  jenama Advantage sebab Hitam masih bawah 4kg.
Harga dalam 12 lebih tapi sebab ada member kad dapatlah harga murah sikit. Buat kad member kat situ RM20 sampai bila bila, kalau beli apa apa dapat diskaun.
UBAT KUTU ADVANTAGE
Cara Pengunaan:
1) Sebelum menggunakan ubat kutu ,sebaiknya kucing dimandikan dahulu sehari sebelum penggunaan Advantage.
2) Selak bulu kucing dibahagian atas leher sehingga nampak kulit.
3) Buka 1 ubat kutu Advantage.
3) Letak ubat Advantage sedikit demi sedikit dengan rata di tengukuk atas kucing sehingga meresap ke dalam kulit kucing.

Ubat kutu di gunakan sebaik sebaiknya sebulan sekali.

1 ulasan:

  1. Yah mmang bagus ubt kutu nih. Kucing sy pun Guna yg nih tapi
    stock agk limit, slalu g Cari xde jer. .pakai advantage nih bertempiaran Lari kutu2 tu hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...