OOO

Selasa, Ogos 28, 2018

RENDANG DAGING CAMPUR MINANG SEDAP (PARU, LIMPA, HATI)

Assalammualaikum semua

Lama betul tak update, kami ni tengah sibuk nak pindah.  Kemas sana, kemas sini.  Bila tenguk barang yang nak pindah, mak aiii banyak gak😉
rendang dalam kuali😍

Rendang campur ni kalau raya aidil fitri memang buat kat rumah mak.  Kali ni tekak teringin nak makan, akak buat kat rumah masa hari raya haji baru ni😘.   Kesian gak dengan anak-anak sebab mereka tak suka makan organ dalaman ni, kenalah mereka pilih daging jer.😘 Mak gunakan kuasa veto kali ni sebab tekak teringin.

Paru lembu di panggi gak kelempung kat area Nismilan.

 Bahan Utama

  • 1/2 kg daging
  • 1/2 kg limpa
  • 1/2 kg paru
  • 1/2 kg hati
  • 3 kg santan pekat
  • 8 batang serai-ketuk hujung
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 lembar daun kunyit-satu simpul, satu lagi hiris
  • 1 sudu makan kerisik
  • sedikit gula melaka

Bahan Kisar

  • 3 biji  buah keras
  • 8 biji bawang putih
  • 20 butir bawang merah
  •  5 biji bawang besar
  • 4 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 6 inci kunyit
  • 5 batang serai
  • 2 sudu makan ketumbar-sangai (goreng tanpa minyak)
  • 30 tangkai cili kering-sangai
  • 2 sudu makan jintan manis-sangai
  • 1 sudu makan jintan putih-sangai
  • sedikit lada hitam-sangai
  • sedikit minyak
  • garam

Cara-caranya
Rebus dulu paru dan limpa bersama air dan 2-3 keping asam keping. Setelah bahan lembut angkat dan toskan.
Sangai semua bahan, kemudian kisar halus bersama bahan yang lain.
Tumis dengan sedikit minyak bahan kisar dan serai sehingga wangi.
Masukkan semua bahan utama iaitu daging, limpa, paru dan hati sehingga kering baru di masukkan santan.
Masukkan santan, gunakan api sederhana sehingga mendidih.  
Bila dah mendidih  kacau selalu sehingga menjadi pekat.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. 
Masak lagi kemudian masukkan kerisik, garam dan gula melaka dan kacau sebati.
Kacau selalu sehingga rendang hampir kering. 
Kalau tidak suka terlalu kering, boleh padamkan api.
Tabur hirisan daun kunyit jika suka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...