OOO

Rabu, Ogos 22, 2018

NOSTALGIA PELAYARAN HAJI KAPAL LAUT

Assalammualaikum semua

Tertarik pula bila terbaca dalam akhbar online Sinar Harian yang memaparkan kisah orang dahulu seperti atuk dan nenek kita yang mengerjakan haji.  Mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke Tanah Suci Mekah.

sumber : SINI
Atuk akak pernah juga mengalami pengalaman sebegini, atuk naik kapal di Pelabuhan Kelang, hampir kesemua yang lelaki pergi hantar arwah atuk ke situ. Gambar atuk nak naik haji bersama sama kak long dan bapa saudara ada kat kampung, ambik gambar kat kedai gambar tau.

Terbaca kisah perjalanan atuk nenek kita yang mengambil masa berbulan² untuk sampai ke Tanah Haram. Yang lebih syahdu, mereka membawa kain kafan sebagai bekal. Sayu nya hati.
.
.Menjejak era pelayaran kapal laut jemaah haji
Kapal Kuala Lumpur antara kapal yang membawa jemaah haji ke Mekah siap sedia untuk berlepas dari Pelabuhan Pulau Pinang (Swettenham Pier). -Foto:Bernama
.
GEORGETOWN - Menunaikan ibadah haji iaitu rukun Islam yang kelima boleh dikatakan kemuncak 'perjalanan hidup’ bagi setiap umat Islam.

Pada awal tahun 1786 sehingga 1976, rata-rata jemaah haji dari seluruh pelosok dunia termasuk Tanah Melayu menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan utama ke tanah suci Makkah apabila ingin menunaikan ibadan berkenaan.

Bagi jemaah haji yang kurang berkemampuan pada ketika itu, proses menyimpan wang bukanlah semudah seperti ada pada masa kini.

Ada yang terpaksa menggunakan hasil tabungan, menggadai barangan kemas dan menjual hasil tanaman serta ternakan. Malahan ada sanggup berhutang sehingga mengambil masa yang lama untuk membayar balik, kerana nilai tiket tambang ke tanah suci a ketika itu boleh dikatakan agak mahal.

Hal ini berlaku disebabkan jemaah tidak yakin dengan sistem perbankan pada masa itu kerana mendakwa ada unsur riba di samping bimbang ditipu pihak yang cuba memanipulasi wang simpanan mereka.
Sumber : SINI
Guna kapal kargo

Menurut Pensyarah Kanan Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM),   Dr Aiza Maslan @ Bahardin, era penggunaan kapal laut yang membawa jemaah haji ke Kota Mekah bermula pada sekitar tahun 1786.

Kapal laut yang digunakan adalah kapal kargo seperti yang dicatatkan di dalam diari Syeikh Omar Basyir iaitu Kadi Pertama Pulau Pinang pada ketika itu.

“Sebelum adanya kapal khusus yang membawa jemaah haji, pelayaran jemaah haji dari Pelabuhan Pulau Pinang (Port Swetenham) sebenarnya menggunakan kapal kargo. Antara syarikat yang begitu sinonim dengan kapal haji ini adalah The Ocean Ship Company ataupun dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu sebagai Serombong Biru atau The Blue Funnel Line,” kata Aiza dalam wawancara eksklusif dengan Bernama di pejabatnya di USM.

Beliau berkata, memandangkan saban tahun bilangan jemaah haji kian bertambah, syarikat perkapalan mula tumbuh bagaikan cendawan kerana urusan penghantaraan jemaah haji ke Kota Mekah itu merupakan satu bentuk bisnes yang begitu menguntungkan.

“Jadi, apa yang mereka (syarikat perkapalan) buat adalah mereka tempatkan jemaah haji di kawasan dek mengikut kelas manakala di bawah kapal mereka tempatkan bahan-bahan yang dibawa jemaah haji seperti makanan, gula, beras hatta kayu balak pun ada.

“Jadi, aktiviti ini berlangsung sepanjang tahun 1950-an,” katanya.

Kapal haji pertama, Tyndareus

Menurut Aiza, mulai 1950, ada jemaah haji menyuarakan pandangan meminta supaya institusi perkapalan ataupun syarikat perkapalan memperbaiki mutu perkhidmatan haji iaitu supaya mengadakan sebuah kapal yang khusus membawa jemaah haji.

“Kapal pertama menjadi kapal haji yang membawa jemaah haji dari Pulau Pinang adalah Kapal Tyndareus yang sebenarnya sebuah kapal perang yang diubahsuai selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1949 dan 1950.

“Ia dilengkapi dengan bot penyelamat di kedua-dua belah kapal, klinik, serta terdapatnya sistem siaraya. Apabila kapal ini diperkenalkan, ia boleh memuatkan penumpang sehingga 2,500 orang jemaah haji,” katanya yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sejarah Haji Orang Melayu dari Universiti Malaya

Menurut Aiza, setelah Kapal Tyndareus dilupuskan pada tahun 1954, sebuah lagi syarikat perkapalan berminat untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan jemaah haji iaitu The China Navigation Company.

“Sebenarnya, syarikat tersebut sebelum itu terlibat mengangkut buruh kasar dari Singapura, Indonesia dan kawasan sekitar ke kawasan lain sebelum ia diubahsuai menjadi kapal haji.

Kapal-kapal tersebut dikenali sebagai Anshun dan Anking,” katanya lagi.

Beliau menambah, selain kedua-dua kapal itu, pada tahun 1960an, Syarikat Kapal The China Navigation menambah lagi sebuah kapal haji yang dikenali sebagai Kapal Kuala Lumpur. Ini menjadikan tiga buah kapal membawa jemaah haji secara serentak pada ketika itu.


sumber SINI
Syarikat baharu urus jemaah haji

Pada tahun 1967, Kapal Anking dilupuskan dan hanya tinggal Kapal Anshun dan Kapal Kuala Lumpur.

Aiza berkata pada tahun 1971, The China Navigation Company menarik diri daripada urusan perkapalan haji pada 1971 dan tugas ini diambil alih oleh The Great Malaysia Line.

Menurut beliau, semasa The Great Malaysia Line mengambil alih tahun urusan pengangkutan jemaah haji pada 1971, dua buah kapal haji digunakan iaitu Malaysia Kita dan Malaysia Raya.

“Dua buah kapal ini adalah yang terakhir sebelum era pelayaran kapal haji tamat.

“Kapal Malaysia Kita ini berakhir pada 1974 sebab terbakar sewaktu berlabuh di Pelabuhan Singapura dan Malaysia Raya juga terbakar pada 23 Ogos 1976 ketika berlabuh di Pelabuhan Klang,” tambahnya.

Atas sebab kekangan yang sering timbul maka, menurut Aiza, Tabung Haji (yang kini Lembaga Tabung Haji) memutuskan bahawa pada tahun 1976 merupakan tahun terakhir pelayaran melalui kapal haji dijalankan dan mulai tahun 1977, sudah tiada lagi kapal haji digunakan untuk membawa jemaah haji.
sumber < SINI
Jolokan 'Jeddah kedua' dan Syeikh haji

Menurut Aiza, era kapal laut jemaah haji pada ketika itu begitu rancak sehinggakan tempat berkumpulnya jemaah haji sebelum belayar yang terletak di Lebuh Acheh, George Town ataupun lebih dikenali dengan nama ‘Tanjong’ itu menerima jolokan sebagai “Jeddah Kedua” di kalangan jemaah haji dan penduduk di situ.

Suasana di Lebuh Acheh begitu meriah dengan kehadiran sanak-saudara yang datang beramai-ramai dari seluruh ceruk Tanah Melayu. Ada yang sampai kurang seminggu ataupun tiga minggu awal sementara menanti ketibaan kapal dengan tujuan menghantar jemaah berangkat ke tanah suci.

Memandangkan Lebuh Acheh adalah pusat tumpuan jemaah haji berkumpul, maka di situ juga tempat “Syeikh Haji” memainkan peranan.

Beliau menjelaskan Syeikh Haji pada ketika itu merupakan ejen haji berlesen yang dipantau oleh Pusat Kawalan Haji Pulau Pinang.

“Mereka inilah yang akan buat pas haji, pasport haji, beli tiket kapal dan mereka ini jugalah yang akan menguruskan penempatan apabila jemaah haji berada di Jeddah malah akan berhubung (dengan) Syeikh Haji di Jeddah serta menguruskan kotak Sahara iaitu sebuah peti simpanan untuk kegunaan jemaah haji.

Jadi kegiatan Syeikh Haji ini umpama tonggak atau tulang belakang pada kegiatan haji sebelum penubuhan Tabung Haji,” kata Aiza.

Bukan sahaja menjadi tempat tumpuan Syeikh Haji menjalankan kegiatan, malahan, menurut beliau, Lebuh Acheh juga turut menjadi pusat kegiatan ekonomi bagi masyarakat setempat.

“Apabila tibanya musim haji, ada di antara penduduk di situ mengambil peluang untuk berniaga seperti menjual barangan kelengkapan haji, makanan, pakaian, kain batik dan sebagainya. Ia seolah-olah menjadi pesta yang dibuka 24 jam ekoran kehadiran jemaah haji dan sanak saudara pada ketika itu begitu ramai,” kata Aiza.

Dilihat perniagaan lumayan tapi banyak kelemahan timbul

Walaupun perkhidmatan kapal laut jemaah haji oleh syarikat perkapalan yang dilihat sebagai perniagaan lumayan, namum terdapat juga kelemahan yang timbul pada ketika itu sehingga mendorong Pusat Kawalan Haji untuk menjadikan perkhidmatan tersebut lebih sistematik.

“Hal ini kerana terdapat isu seperti jemaah terkandas di pelabuhan lain oleh sebab tidak berlayar mengikut kapal atau pelabuhan yang ditetapkan oleh pegawai haji. Mereka percaya apabila melakukan ‘transit’, maka tambang tiket kapal akan menjadi lebih murah.

Jadi, kesulitan bermula apabila mereka sampai di Jeddah, mereka tidak boleh diberi bantuan kerana tidak diiktiraf sebagai jemaah haji dari Tanah Melayu sebab mereka pergi secara persendirian,” jelasnya.

Selain daripada jemaah haji berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti ribut dan juga ombak bergelora, terdapat juga kejadian kebakaran di atas kapal ekoran ada jemaah haji yang memasak di atas kapal sehinggakan mencetuskan kebakaran.

Berlaku juga kes jemaah kebuluran, penularan wabak dan juga kematian jemaah haji di atas kapal.

“Ada dalam kalangan jemaah haji yang saya sendiri temu bual apabila berlakunya kematian jemaah lain, jenazah itu akan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akan dikebumikan di dalam laut. Batu atau pun besi diikat pada bahagian kaki bagi menenggelamkan jenazah. Kapal akan berhenti buat seketika sehinggalan jenazah itu benar-benar tenggelam seterusnya akan memyambung pelayaran.

“Bagi jemaah haji, kematian tidak menggugat keimanan mereka untuk menjadi tetamu istimewa di tanah suci sehingga ada yang bawa sendiri kain kafan sebagai persediaan jika mereka dijemput Ilahi di atas kapal terlebih dahulu,” tambahnya.
Sumber : SINI
Masalah kesihatan jemaah

Ada satu isu yang menimbulkan sedikit masalah di kalangan jemaah haji iaitu pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu boleh dikatakan agak tertutup jika melibatkan kesihatan.

“Walaupun ada klinik disediakan, mereka kadang-kadang tidak mahu menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Kadang-kadang mereka lebih suka menyembunyikan penyakit sehinggalah berlakunya penularan wabak bubon dan wabak taun.

Atas sebab itulah, pada tahun 1950an, Ordinan Kapal menetapkan syarat ke atas syarikat perkapalan haji mesti ada doktor di samping memberi suntikan vaksin kepada setiap jemaah haji keseluruhannya, bagi mengelakkan timbulnya masalah dari segi keselamatan dan kesihatan para jemaah,” kata Aiza.

Sementara itu, walaupun penggunaan sistem telekomunikasi pada ketika itu belum meluas, terdapat sistem siaraya di atas kapal yang membolehkan jemaah haji untuk berhubung dengan anggota keluarga di tanah air dengan menggunakan sistem telegraf.

“Kebiasaanya, pusat telegraf akan menerima telegraf daripada jemaah haji yang dalam pelayaran meminta supaya mesej itu disampaikan kepada keluarga apabila mereka tiba di pelabuhan. Itu sahaja kemudahan yang ada kerana perhubungan pada masa itu memang sangat sukar,” jelas  Aiza. -Bernama

Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/menjejak-era-pelayaran-kapal-laut-jemaah-haji-1.871232
sumber : SINI
Antara komen komen di fb Tabung Haji
Subhamallah..
AllahuAkhbar..
Alhamdulillah..
Terkenang waktu arwah nenek. Bapa. Emak tunaikan haji tahun 1968.. Naik kapal Ansun dari Pelabuhan Singapura.. Dapat hantar mak masuk dlm kapal tengok bilik..
Sedih sngt sebab terasa seperti pergi tidak kembali lagi..
Alhamdulillah mak selamat balik..bercerita pengalaman sepanjang perjalanan dan semasa tinggal di Makkah.
Masa tu kursus haji mereka diatas kapal..semasa perjalanan pergi.. Yg paling sedih kata mak bila ada jemaah yg meninggal.. Siap dikapan jenazah nya akan di ikat batu dihujung kakinya untuk ditenggelamkan dlm laut.




Menarik sejarah jemaah haji naik kapal ni..arwah ayah sy dulu pun sempat pergi ke Mekah naik kapal ni..dgr cerita dari arwah dulu-dulu memang meriah masa tu..masa tu la ramai jg org Melayu yang terus menetap di Mekah..antaranya org Banjar..membuat penempatan melayu di perkampungan ajyad x silap...msh ada kenalan arwah y terus menetap di sana..kalo musim haji n jg ada org kg y g umrah mereka akan menyantuni jemaah ni...

Arwah bapa saya pun pergi haji naik kapal laut thn 1974. Ambik masa 3 bln pergi dan balik! Kapal bunga raya namanya
Saya pun pernah hantar arwah atuk n nenek naik kapal gi haji thn 60an ... jika tak silap kapal Kuala Lumpur di Perlabuhan Klang ... masa tu sekolah tkt 2. Capt kapal saudara kami ... dapat naik kapal jalan2 keseluruhannya ... bilik arwah macam dlm hotel ... tkt bawah perut kapal tempat jemaah macam asrama sekolah ... jengok tingkap kapal nampak dasar laut ... bila hon kapal berbunyi baru kami turun ... nostalgia with beautiful memories in the 60th.

#KenanganHaji
#PengalamanHaji

Bahasa orang sekarang, semua nak di shortkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers