OOO

Jumaat, Ogos 03, 2018

RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP

RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP

Assalammualaikum semua

Kat Malaysia ni ada jer makanan yang viral, dulu goreng pisang cheese yang menggoda, pastu teh tarik dan air mangga sedap.  Tauhu bergedil sekarang tengah viral di jual oleh ramai orang.  

Sebenarnya bergedil tu macam biasa yang di buat tapi yang ini bergedilnya di masukkan ke dalam tauhu pok yang selalu masuk dalam kuah kari bila makan dengan mee kari.  Banyak gak yang guna tauhu pok untuk buat tauhu bakar.

Kali ni kali kedua akak buat sebab Yana balik, kalau malas guna jer sambal kicap johor, kalau rajin buatlah sambal kicap viral tu.  Kalau virus M malas cicah dengan cili sos pun sodap.

Bahan-bahan:

Tauhu kering secukupnya
200gm daging cincang
3 biji ubi kentang
Sedikit serbuk Lada sulah
Telur 2 biji
3 ulas bawang putih-tumbuk halus
Daun bawang/daun bawang-hiris kecil
Bawang goreng
Sedikit tepung jagung
Garam


Cara-cara:

1. Potong ubi kentang 6 bahagian, kemudian rebus sehingga empuk. 
2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau, masukkan daging cincang hingga kering airnya.
3.  Toskan ubi kentang dan lenyek apabila kentang masih panas.
4. Kemudian gaulkan kentang lenyek bersama daging yang dah digoreng, serbuk lada sulah, garam, daun sup/daun bawang serta bawang goreng. Gaul hingga semua bahan sebati. 
5. Guna gunting/pisau dan potong X bahagian tengah tauhu kering, masukkan bahan tadi. Jangan isi sikit sangat sebab nanti tak sedap rasanya.  
6. Pukul telur bersama sedikit garam dan sedikit tepung jagung.
7. Celup tauhu begedil tu ke dalam telur dan goreng dengan minyak yang penuh sehingga garing.
8. Toskan bila dah masak, pastu hidangkan bersama sambal kicap.



3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers