OOO

Selasa, September 18, 2018

RESEPI AYAM GORENG BUMBU KUNING SEDAP

Assalammualaikum semua

Bila google resepi tertarik nak cuba buat Ayam Goreng Bumbu Kuning, ayam di rebus bersama rempah ratus menggunakan air kelapa.  Bila dah kering air kelapa, bolehlah di goreng.  Goreng sehingga kekuningan, jangan terlalu lama nanti isi  ayam kering.

Kalau ada lebihan boleh di simpan dalam peti sejuk. Lagi sedap kalau menggunakan ayam kampung.
Bahan-bahan Seekor ayam potong 12 2 helai daun salam Garam Air kelapa Minyak untuk menggoreng Bahan Kisar 5 biji Bawang merah 4 biji Bawang putih 1 inci Halia
1 inci kunyit hidup 1 Buah keras 1 sudu makan Ketumbar-sangai
1 batang serai

Cara-caranya
Basuh ayam sehingga bersih dan toskan. Kisar bahan di atas bersama air kelapa, jangan lupa masukkan garam.
Kemudian rebus bersama ayam dan daun salam sehingga kering. Goreng sehingga garing

Kalau nak tenguk video boleh ke https://youtu.be/6MMdnrKwxvk

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers