OOO

Sabtu, Oktober 06, 2018

CARA MASAK DAGING MASAK MERAH ALA THAI SEDAP

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI SEDAP

Assalammualaikum semua

Buat daging masak camni sebaiknya guna daging batang pinang, kalau tak ada guna daging biasa tapi kena rebus dulu.  Ikut cara kena rebus dengan pewarna merah, akak tak gemar guna pewarna sangat bila masak.


Bahan-bahan ( 4 orang ) 
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)/daging batang pinang
4 ulas bawang putih diketuk 
1 labu bawang besar dipotong bulat 
4 biji cili api-ketuk
1 sudu besar cili giling 
1 batang serai
Capsium-option

Asparagus-patah kecil
Sedikit sos tiram 
Sedikit sos ikan (thailand) 
Sedikit sos tomato 
Sedikit sos cili.thai
Jagung muda/lobak merah
Sedikit minyak untuk menumis 
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air 
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana-mana pun boleh) 

sos di campurkan bersama-agak agak dalam 1 sudu besar

Cara-cara 
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis-nipis.(kalau nak merah campurkan dengan sedikit pewarna masa merebus daging) 

Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kekuningan sikit, ketepikan. 

Tumis bawang putih serta serai sampai naik bau, masukkan cili giling. 
Tumis hingga garing bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan, sos cili thai dan sos tomato. 

Masukkan daging tadi, hirisan bawang besar, capsium, lobak merah, hirisan jagung, kacau sebati  dan rasa garam dan gula. 
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato. 
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. 
Taburlah daun ketumbar yg dihiris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers