OOO

Selasa, Disember 11, 2018

RESEPI AYAM GORENG NESTUM SEDAP

RESEPI AYAM GORENG NESTUM SEDAP
Assalammualaikm semua

Resepi ni akak dapat dari geng facebook, Puan Norma, buntu nak buat apa lagi dengan ayam ni, sebab Imran gemar ayam, ikan tak berapa suka.


Bahan-bahannya
10 ketul ayam yang telah di bersihkan
2 biji bawang putih-tumbuk lumat
Lada sulah
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung bistari atau tepung jagung
Nestum secukupnya
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya
Perap ayam dengan bawang putih yang di tumbuk dan lada sulah.
Bancuh tepung gandum dan tepung bistari.
Masukkan ayam dan gaul sehingga menyaluti ayam.
Panaskan minyak dengan api sederhana besar.
Sebelum goreng ayam, golekkan dengan nesum dahulu.
Goreng sehingga keperangan. Api jangan besar, nanti nestum hangus.
Sedap di makan masa panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers