OOO

Ahad, Disember 30, 2018

RESEPI MEE GORENG MAMAK SEDAP DAN MUDAH

Assalammualaikum semua

Punyala pemalas nak ambik gambar dalam pinggan, sekarang ni bulan disember agak lemau nak update blog aa.

Macam macam program ada bulan ni, pastu nak ke homestay akak setiap 3 minggu nak dobi cadar.  Alhamdulliah sekarang kurang dah pergi ke sana sebab dah ada helper, syukur sangat sebab kudrat dah mula kurang oleh sebab faktor usia.

Syukur juga setiap minggu ada guests di homestay akak, alhamdulliah atas kurniaan rezeki darinya.
Mee goreng ni ada setiap satu atau dua minggu, sekarang kami lebih suka makan yang berkuah. Akak main agak agak jerlah sebab malas nak timbang.  Kalau anak anak semua balik akak guna jer mee yang timbang kilo tu. Mana cukup 1 paket tu .

Anak lelaki akak ni dua orang alah makan seafoods, kalau boleh akak elakkan guna sotong dan udang.  Masalahnya suami akak ni peminat udang dan sotong.  Serba salah di buatnya.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning
  • daging batang pinang-hiris nipis/isi ayam potong kecil
  • 3 fish cake-hiris nipis
  • taugeh 50 sen
  • 1 ikat sawi seringgit 
  • 1 biji tomato-belah 6
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging
  • 3 sudu kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap cair
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 4 biji bawang putih-tumbuk
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji telur-pukul sedikit
  •  sedikit air
  •  minyak jagung/sedikit garam
Cara. 
  • 1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak jagung, masukkan bawang yang telah ditumbuk dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar serta rempah kari, tumis dengan api sederhan sehingga terbit minyak.
  • Masukkan daging sehingga lembut kemudian masukkan fish cake.
  • Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos tomato dan sos cili, kacau sebati baru masukkan mee kuning yang telah di basuh.
  • Kacau rata, masukkan sedikit air baru masuk tomato, taugeh  dan sawi.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  •  Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata sehingga mee agak kering.  Jika nak yang basah, masukkan air.
  • Masukkan sedikit garam, ras kemudian angkat dan hidangkan panas-panas.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...