OOO

Selasa, Disember 18, 2018

RESEPI SAMBAL TERUNG UDANG KERING SEDAP

Assalammualaikum semua

Akak ni bukannya suka makan terung dari muda hingga umur dah 50 an.  Sebab tu jarang tunjuk masakan terung. Tak taulah macam mana boleh teragak nak cuba makan terung. 

Mula jamah jer kat kedai makan di Pontian Johor sebab nampak macam sedap jer.  Pastu bila masak asam pedas akak masukkan terung panjang, bila makan hermm boleh tahan gak rasanya.

Sejak tu akak jadi peminat terung baru baru ni.

Bahan-bahannya
2 biji terung ungu saiz sederhana
4 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
3 sudu makan cili kisar
1 sudu besar udang kering-rendam sebentar kemudian toskan
Minyak
Garam
Sedikit gula dan garam

Cara-caranya
Basuh terung kemudian hiris serong. 
Tumbuk/kisar bawang kecil, bawang putih dan udang kering.
Panaskan minyak, masukkan bahan yang di tumbuk, tumis sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar tumis lagi hingga terbit minyak.
Masukkan terung, garam dan sedikit gula.
Biarkan terung lembut lebih kurang 5-10 minit, rasa perasanya, baru di angkat.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...