OOO

Khamis, Januari 10, 2019

PENTINGNYA INSURAN BILA MEMANDU DI THAILAND

Assalammualaikum semua
Sejak adanya tambang murah di Malaysia ramai rakyat kita berpeluang untuk travel ke luar negara.  Seronok bila tenguk gambar gambar mereka yang berwajah riang gembira kerana tertunai hasrat di hati untuk melihat keindahan negara orang.
Akak pernah gak masuk ke Hatyai dan Phuket tapi dah lama dah.  Kali pertama masa anak anak masih kecil rombongan dengan member office suami.

Kali ke dua dengan mak mak naik bas jer dari Puduraya. Bila nak ke mana mana kami naik tuk tuk. 

Tak di nafikan makanan kat sini sedap sedap dan harganya berpatutan.  

Tapi ramai juga yang tidak mengambil berat tentang pentingnya mengambil insuran terutama dengan dengan trend sekarang ni yang  ramai kalangan rakyat  Malaysia gemar membawa kenderaan persendirian ke Thailand. Samaada mereka memandu kereta atau menunggang motosikal.  

Kita kena beringat kerana malang tak berbau, kadang kadang terjadi perkara yang tak di ingini seperti baru baru ini di mana sepasang suami isteri telah mengalami kemalangan bila motor yang mereka gunakkan tidak mempunyai insuran dan menyebabkan kematian seorang pejalan kaki.

Berita penuh di sini
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/514577/mohon-bantuan-bayar-tuntutan-rm200k?fbclid=IwAR2xuyTIekNQzjcphNEUIljZ6EfubSzhTSyoQIvlf_Ae7y-rckiBkb6MFAY

Kerap kali kita mendengar bila berlaku kemalangan, sejumlah wang yang banyak perlu dibayar untuk menyelesaikan kes.

Sedikit Info Tentang Polisi Memiliki Kenderaan Di Thailand

Di Thailand, semua kenderaan diwajibkan mengambil insuran menanggung kos hospital pemandu dan penumpang. Insuran berkenaan dikenali sebagai Por Ror Bor atau “ Compusory ” ( WAJIB) .

Insuran berkenaan sekadar menanggung yuran hospital pemandu dan penumpang sahaja. Insuran ini TIDAK melindungi kenderaan. Ini bermakna, tiada pampasan terhadap kenderaan.

Insuran Ke Thailand
Biasanya orang ramai sekadar membeli insuran ( Por Ror Bor ) yang banyak dijual di kawasan berhampiran sempadan. Oleh kerana tiada pendedahan tentang info dan situasi di Thailand,maka ramai yang ambil mudah.
Insuran Yang Perlu Untuk Ke Thailand.

1. Por Ror Bor , insuran wajib ( compusory ). Insuran ini wajib dibeli oleh semua pengguna kenderaan yang ingin memandu di Thailand.

2. Voluntary Insurance atau Insuran Sukarela yang membiayai pampasan untuk kenderaan pihak ketiga atau pihak yang terlibat kemalangan bersama kita. Pampasan akan dibayar kepada pihak yang terlibat sekiranya, kita didapati bersalah. Namun jika kita dipihak yang benar, kita berhak mendapatkan pampasan daripada pihak yang terlibat.

3. Insurance Extra Thailand. Anda boleh merujuk kepada agen insuran yang melindungi kenderaan anda di Malaysia.

4. Travel Insurance, insuran ini perlu sekiranya anda menghadapi penyakit kronik secara tiba tiba dan kos hopital di Thailand sangat tinggi bagi bukan warganegara.

Persediaan Sebelum Ke Thailand
1. Passport atau Pas Sempadan
2. Geran kereta nama sendiri. Jika bukan penama, surat kebenaran membawa kenderaan tersebut dalam bahasa Inggeris perlu dibawa bersama.
3. Lesen memandu Malaysia yang sah.
4. Cukai jalan yang masih sah
5. Simkad telefon Thailand perlu dibeli untuk sebarang kemungkinan.
6. Jika anda kakitangan kerajaan sila mohon kebenaran keluar negara.

Proses Di Sempadan Thailand
Biasanya borang-borang seperti TM2,TM3 dan TM6 boleh didapati disemua wakil insuran ke Thailand.
 TM2 adalah borang maklumat tentang penumpang
 TM3 adalah borang maklumat tentang kenderaan
 TM6 adalah borang maklumat tentang passport dan pas sempadan
 Declaration Customs Form atau Borang Pengistiharan 

Kastam atau permit sementara mengimport kenderaan. Borang ini mestilah disertakan bersama passport atau pas sempadan dan geran kenderaan. 

Anda perlu memohon di pejabat kastam selepas selesai urusan
imigresen. 

Borang ini perlu dihantar kembali dan ditandatangi kepada pihak Kastam Thailand bilaman anda ingin keluar daripada Thailand.

Langkah-Langkah Perlu Dilakukan Selepas Selesai Urusan Di Sempadan
 ambil gambar ke semua borang borang tadi
 ambil gambar passport dan pas sempadan
 Simpan gambar berkenaan dengan mengirim email ke email sendiri atau Whatsapp ke kenalan yang anda percayai.
 Buat salinan fotostat passport atau pas sempadan, polisi insuran dan declaration custom form.

Nombor Telefon Penting Yang Perlu Anda Simpan
 Konsulat Malaysia di Songkhla atau Kedutaan Malaysia
 Nombor telefon Polis Perlancongan Thailand ( 1155 )
 Nombor telefon Tourist Assistance Center ( +66 97-2483637 )

Langkah Langkah Yang Perlu Diambil Bila Kemalangan
 hubungi pihak polis dan ambulan jika perlu( biasanya masyarakat setempat akan membantu)
 hubungi Konsulat Malaysia di Songkhla atau Kedutaan Malaysia untuk bantuan
dokumentasi dan nasihat undang-undang.
 Hubungi Polis Perlancongan Thailand ( 1155 ) dan Tourist Assistance Center ( +66 97-
2483637 ) untuk bantuan jurubahasa dan nasihat undang-undang.
 Buat laporan polis dan jika perlu bantuan bahasa, mohon pihak Konsulat atau Kedutaan
Malaysia membantu, Polis Perlancongan atau Tourist Asistance Center.
 Jika mangsa dihantar ke hospital, serahkan laporan polis dan polisi insuran di kaunter
hospital untuk tindakan selanjutnya.

Info Tambahan : 
Menyewa Motosikal Di Thailand
Biasanya motosikal di Thailand tiada perlindungan insuran kenderaan. 

Motosikal berkenaan sekadar memiliki insuran Por Ror Bor atau perlindungan kemalangan mangsa. 

Oleh risiko yang perlu dihadapi oleh penyewa adalah :-
 membayar pampasan kerosakan motor yang disewa di mengalami kemalangan
 membayar pampasan kepada pihak yang terlibat jika anda didapati bersalah
 membiayai yuran hospital jika, bayaran melebihi pembiayaan insuran
Oleh itu, sila pastikan anda membaca peraturan dan perjanjian menyewa motosikal.
Info tambahan : Kehilangan Passport
Oleh itu anda dinasihati untuk mengambil gambar dan membuat salinan fotostat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
 buat laporan polis dengan menyerahkan bukti salinan fotostat dan bukti gambar.
 Terjemahkan salinan laporan polis ke Bahasa Inggeris
 Bawa kedua dua salinan dan laporan polis ke Konsulat Malaysia atau Kedutaan Malaysia

Info Tambahan : 
Menyerah Passport Sebagai Cagaran Hotel
Biasanya pihak hotel meminta passport atau pas sempadan sebagai cagaran bila anda menginap di hotel mereka. Adalah menjadi kesalahan bila anda ditahan oleh pihak berkuasa jika passport atau pas sempadan tidak bersama anda. Oleh itu, anda bayar sahaja wang cagaran yang diminta dan mengarahnya fotostat passport anda untuk rujukan.

Sekian serba sedikit info tentang membawa kenderaan di Thailand.
* Penulis dikenali dengan nama Cikgu Joe Satun ( CJS ). Seorang aktivis bahasa Melayu dan lebih lima tahun menetap di satun. 

CJS sangat sinonim dengan penunggang motosikal yang mengebara di Thailand. 

Banyak membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan dan kesulitan di Thailand. CJS boleh dihubungi melalui Facebook Page : 
Cikgu Joe Satun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...