OOO

Jumaat, Januari 18, 2019

AEON NILAI DAH BUKA

Assalammualaikum semua

Dulu masa duk kat Kay Ell, memang favourite kami gi ke Jaya Jusco (nama dulu) sebab harga barangan ada yang mampu milik dan ada yang tak mampu nak beli.

Kalau poket tebal belilah yang ada brand, kalau poket nipis, belilah yang ada ada jer, janji baju anak anak bertukar.  Mak ayah bukan kisah sangat pun, terutama suami akak yang amat berjimat pasal kain baju ni.

Dah pindah duk Salak Tinggi, mati kutulah sebab masa kami duk sini 6 tahun lepas, yang ada cuma Giant, Mydin, Zeemart dan Tesco.  Nak beli barang beli ajer kat Speedmart yang dekat kat sini.

Sekarang ni pulak dah ada kedai borong memang memudahkan lagi kalau nak beli barang,

Bila Mesa Mall buka, oklah juga sebab suka pergi kat Jaya Grocers, walaupun agak mahal sikit tapi banyak pilihan nak beli terutama barangan luar negara.  Kadang kala tekak ni teringin nak minum kopi mahal.

Yang buat suka gi Aeon ni sebab ada points untuk member, walaupun kena bayar setahun 12 hinggit, kira ok aa bagi akak sebab boleh redeem points.

Semalam 7 Januari dah buka, sebelum tu gi gak masa pra pemukaan, harga ada yang murah, sambar gaklah tapi masa tu jual kat khemah jer.  Panas terik pulak tu, nasib baiklah ada anak dan suami yang tukang beratur.
 Kebetulan barang basah dan sayur dah makin berkurang dalam fridge(alasan baik kan) bila tenguk harga ikan, udang dan barang lain murah dari harga di pasaran, maka terbelilah sampai 200.
Nasib baik hari ini kalau belanja 100 hinggit dapat voucher 5 hinggit, jadilah dapat 10 hinggit buat beli jajan nanti.

Nanti sesiapa lalu kat Nilai boleh aa singgah ek. Suka gak kumpul benda percuma macam ni.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...