OOO

Isnin, Februari 25, 2019

AKAD NIKAH FIRDAUS DAN SAKINAH

Assalammualaikum semua

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana anak lelaki anak yang kedua akhirnya bertemu jodoh dengan pilihan hatinya.  

Al maklumlah umur makin meningkat, masih belum ada sang isteri untuk mendampinginya.
Walaupun Firdaus lelaki, sebagai seorang ibu dan ayah dah tentulah kami akan berdoa agar beliau segera berumahtangga dan mempunyai zuriat. Insya Allah.


Mungkin bloggers lama masih ingat body guard akak ni kan.  Yang selalu rajin teman akak gi mana mana event masa aktif dalam dunia blogging.

15 Febuari selepas Isyak, terlafazlah akad nikah di rumah pengantin perempuan di Bangi, dekat ajer kali ini.  Tak payah nak cari homestay, cuma pergi dan balik yang cuma mengambil masa 30 minit perjalanan.
Pukul 10 malam rasmilah Firdaus menjadi suami kepada Sakinah berwalikan bapa mertuanya. Syukur alhamdulliah.

Walaupun kami sampai kerumah dekat pukul 12 tengah malam tapi hati mak dan ayah legaa sangat.


cucu ohh cucu😅
Semuga berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang sehat.

Herm..tinggal lagi 2 anak ..semuga kami panjang umur dan di kurniakan kesihatan yang baik

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...