OOO

Selasa, Mac 26, 2019

KISAH SEKOLAH RENDAH JALAN KUANTAN KUALA LUMPUR

Dah tua tua ni ..bila duk sorang sorang terutama bila jumpa balik kawan kawan sekolah rendah Dan menengah mulalah teringat cerita lama.

Salah satu yang akak ingat masa satu kisah kat kelas Sekolah Rendah Jalan Kuantan Kuala Lumpur. 😊

Seronoknya bila dapat tenguk gambar sekolah akak ni kat blog reddoortohunt ni.  Masa tu kalau ada kamera dah kira orang kaya. Arwah  abah kerja peon, manalah ada duit nak beli kamera, gaji pun cukup makan jer.

Masa dalam darjah 4 kalau tak silap. Ada sorang budak lelaki ni suka sangat kacau akak.  Tak taulah sebab apa... mungkin dia minat dengan akak kot..sebab akak ni putih..lawa..ha ha ha perasan.😍

Dek sebab geram akak dan sorang member kamcing pakat nak kena dia.

Akak duk belakang dia, bila dia bangun kami pun alihkan kerusi supaya bila nak duk nanti tentu jatuh macam nangka busuk.
Nak dijadikan cerita dia bukan jer jatuh tapi dek kerana tak.dapat imbang badan...dia jatuh tersembam kat lantai.😟

Bila dia bangun darah keluar Dari hidung. . Punyalah takut akak dibuatnya. Cikgu pun cepat tekap hidung dengan tisu pastu suruh dia tunduk.

Nasib baik pendarahan terhenti.  Lepas tu akak pun dapat syarahan percuma dan kena pukul kat tangan.😰


Tak berani ooo nak gi mengadu kat mak abah..kang kena sebat lagi adalah.

Zaman kanak kanak memang seronok kannn😐



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...