OOO

Sabtu, Mac 30, 2019

RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM SEDAP

Assalammualaikum semua

Bila dah berumur ni mood nak masak susah susah makin berkurangan, kat rumah pun dah kurang mulut nak di layan.😊

Masak camni rasa sedap di tekak akak pulak ni.😍
Resepi  copy dari My Resepi

πŸ‘‰Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 2 ekor ikan kembung yg sangat segar
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah-1/2 dihiris halus
  • 4 biji cili api merah dan hijau (kalau panjang 2 pun cukup)- dihiris
  • 1/2 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 1/2 sudu teh asam jawa(kalau takde ganti dgn cuka)
  • jus limau kasturi secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa

πŸ‘‰Cara-cara

  1. Rebus ikan dalam kuali hingga air mendidih(seeloknya kuali non stick)
  2. Tuang air rebusan dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali(macam bakar la)
  3. Hiris 1/2 cili merah,bawang merah dan asam jawa
  4. Bancuhkan  belacan, air asam jawa dan air rebusan ikan.
  5. Masukkan bahan yg dihiris, tomato yang di potong dadu, garam, gula dan perahkan limau kasturi secukup rasa
  6. Letakkan ikan dalam pinggan dan siramkan kuah tadi. Siap untuk dimakan dengan nasi panas
p/s Kalau nak tumbuk boleh pun boleh, akak tak rajin nak basuh lesung batuπŸ˜“

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...