OOO

Khamis, Mac 21, 2019

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI SEDAP DAN MUDAH


Assalammualaikum semua

Kalau nak masak kari ikan, kenalah guna ikan yang segar, baru ada umphh.  Oleh sebab pokok bendi akak ni banyak sangat bendi, sekarang ni dah tak payah beli.

 
Bahan-Bahan
  • 5 keping ikan tenggiri
  • telor ikan tenggiri
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 10 biji bendi
  • 2 sudu besar rempah kari ikan babas
  • 2 sudu besar rempah kari ikan adabi
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat campur dengan sedikit pes asam jawa adabi
  • Air secukupnya
  • Garam 
  • Minyak utk menumis

Bahan Tumis
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 sudu kecil halba campur (halba, biji sawi dan jintan halus/putih)

Bahan Tumbuk/Kisar
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Sedikit beras yang di sangai dan di tumbuk-petua dari SINI


Cara- Caranya
  1. Ikan di cuci dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis halba, daun kari dan hirisan bawang merah dan bawang putih sehingga bahan-bahan tumis  naik bau,
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili terbit minyak.
  4. Masukkan pula bahan yang telah di tumbuk/kisar, kacau sehingga naik bau.
  5. Perlahankan api, masukkan pula dua rempah tadi bersama sedikit garam, kacau dan masukkan sedikit air sehingga rempah terbit minyak. Masukkan beras yang telah di tumbuk tadi dan kacau sebati,
  6. Masukkan 2 cawan air bersama 1 cawan santan yang telah di campur dengan pes asam jawa dan biarkan mendidih, baru di masukkan ikan dan telur.
  7. Bila ikan dah masak barulah di masukkan bendi dan tomato, jangan lama sangat nanti bendi lembek tak sedap , rasa cukup garam boleh di tutup api.
  8. Bolehlah di hidangkan. 

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...