OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ikan tenggiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ikan tenggiri. Papar semua catatan

Khamis, Mac 21, 2019

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI SEDAP DAN MUDAH


Assalammualaikum semua

Kalau nak masak kari ikan, kenalah guna ikan yang segar, baru ada umphh.  Oleh sebab pokok bendi akak ni banyak sangat bendi, sekarang ni dah tak payah beli.

 
Bahan-Bahan
  • 5 keping ikan tenggiri
  • telor ikan tenggiri
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 10 biji bendi
  • 2 sudu besar rempah kari ikan babas
  • 2 sudu besar rempah kari ikan adabi
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat campur dengan sedikit pes asam jawa adabi
  • Air secukupnya
  • Garam 
  • Minyak utk menumis

Bahan Tumis
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 sudu kecil halba campur (halba, biji sawi dan jintan halus/putih)

Bahan Tumbuk/Kisar
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Sedikit beras yang di sangai dan di tumbuk-petua dari SINI


Cara- Caranya
  1. Ikan di cuci dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis halba, daun kari dan hirisan bawang merah dan bawang putih sehingga bahan-bahan tumis  naik bau,
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili terbit minyak.
  4. Masukkan pula bahan yang telah di tumbuk/kisar, kacau sehingga naik bau.
  5. Perlahankan api, masukkan pula dua rempah tadi bersama sedikit garam, kacau dan masukkan sedikit air sehingga rempah terbit minyak. Masukkan beras yang telah di tumbuk tadi dan kacau sebati,
  6. Masukkan 2 cawan air bersama 1 cawan santan yang telah di campur dengan pes asam jawa dan biarkan mendidih, baru di masukkan ikan dan telur.
  7. Bila ikan dah masak barulah di masukkan bendi dan tomato, jangan lama sangat nanti bendi lembek tak sedap , rasa cukup garam boleh di tutup api.
  8. Bolehlah di hidangkan. 

Ahad, Disember 18, 2011

Ikan Tenggiri Sweet Sour


Boring pulak ashik masak ikan tenggiri masak asam ataupun masak kicap bersambal.  Masak ikan cara camni, ikan laku tapi sayuran semua tu terpaksa di makan dek mak dan ayah.

Bahan-bahan
3 ketul ikan tenggiri-di potong empat
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk kasar
1 inci halia-tumbuk halus
2-3 sudu besar sos cili
5-6  sudu besar sos tomato
1/2  biji capsicum merah dan 1/2 biji capsium merah - dipotong memanjang
1 biji bawang holland - di potong 6
1 biji tomato-belah 6
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit tepung jagung
minyak secukupnya
sedikit air

Cara memasak
1. Ikan dibersihkan, di potong empat dan dilumur dengan garam, serbuk kunyit  dan tepung jagung  lalu digoreng secara deep fry .  Tos dan  ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan termasuk serbuk lada hitam yang telah di tumbuk.
3. Apabila bawang telah garing, masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sampai naik bau. Jika kering, masukkan sedikit air.
4. Masukkan ikan diikuti dengan capsicum, sedikit gula  dan bawang holland.
5. Kacau dan rasa cukup perasanya angkat dan hidangkan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...