OOO

Khamis, Mei 30, 2019

PENGAT KELADI CAMPUR KELEDEK

RESEPI  PENGAT KELADI CAMPUR KELEDEK

Assalammualaikum semua

Tekak orang tua dan orang muda tak sama kot.  Kat rumah akak ni kalau teringin nak makan pengat, akak buatlah cukup untuk akak dan suami ajer.

Anak anak tak doyan nak makan, mereka ni selera banyak pada yang ada cheese.

Kadang kalau tak habis masuk dalam peti sejuk, esok panaskan kejap makan balik sampai habis.

Bahan-bahan
  • 1 biji keladi dan 1 biji keledek (sederhana besar) kupas kulit, bersihkan dan potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping gula kabung (yang bentuk bulat)
  • 1/4 cawan gula pasir-sape nak manis bolehlah tambah lagi
  • 2 helai daun pandan-di carik-carik dan di simpul
  • sedikit sagu mata ikan - rendam
  • secubit garam halus


Cara-cara
  1. Rebus keledek serta keladi dan masukkan sedikit garam dan biarkan ubi empuk baru di toskan.
  2. Masukkan santan pekat bersama-sama air dan kacau sehingga ia mendidih.
  3. Masukkan gula kabung, daun pandan dan gula halus dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan pula sagu mata ikan selama 10 minit dan  secubit garam.
  5. Bolehlah di tutup api jika dah rasanya dah cukup dan sagu mata ikan dah kembang dan dihidangkan.

1 ulasan:

  1. Waduh-waduh Kak, sedapnyaaa...
    Lama juga tak makan pengat ni, sebab yang makannya kita sorang, selalu beli, memang tak kena dek tekak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...