OOO

Rabu, Jun 19, 2019

RESEPI KUIH TEPUNG BAKO UBI KAYU SEDAP


KUIH TEPUNG BAKO UBI KAYU


Sebelum puasa kami hantar bapa mertua kat rumah adik ipar di Palong Negeri Sembilan.
Bila ke sana bila lalu kat sepanjang Jalan Kuala Pilah, suka sangat tenguk pelbagai jualan terutama ikan keli daging dan itik salai yang banyak dijual di sepanjang bermula selepas Bukit Putus.

Dulu akak selalu beli kat Zaini Salai House yang baru mula berniaga di situ. Akak ada buat N3 kat blog.

Sekarang dah jadi tempat makan makan, suka beli lemang Dan #itiksalai kat satu pakcik yang berniaga kat depan.rumah.

Pastu suka beli #ikankeli hidup, tapi tak ada rezekilah pulak. Ikan keli, lemang dan itik salai tak berniaga.
Balik dari Palong singgah makan kat satu tempat makan tepi jalan.
Makanan sedap ..hargapun tak mahal, nampak pulak kuih #bakoubi, harga RM5 satu bekas.
Beli sebekas ..hermm sedapp.
Bila jumpa #ubikayu mulalah gatal tangan..virus R pun banyak,
Resepi akak ambik kat SINI akak buat setengah adunan sahaja


LAPISAN BAWAH

3 cawan ubi yang telah di parut halus ~
akak blender je caranya masukkan ubi yang di potong kecil dalam blender letak air sikit dan kisar.. lepas tu tapis


Baki tapisan air tu jangan buang.. mendakkan dulu air tu.. 
air kuning tu kena buang sebab kalau letak dia pahit, 
ambil mendakkan yang putih aje.., masukkan dalam  ubi tadi.  Baki mendapan tu manis itu sagu dia.., so kena letak balik dalam ubi tadi. Hampas ni yang kita nak gunakan dalam pembikinan kuih kita nanti. 
Ubi tadi tu tapis je tau! tak payah perah pulak, biar air dia turun sendiri dari tapis tu..
gula merah dan gula melaka ni gula yang berlainan ya.. dan rasanya juga lain sikit. Tapi dua2 pun sedap! kalau guna gula Melaka lebihkan gula pasir sikit (guna gula merah lagi cantik warnanya)

1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul
3 cawan air

Cara-caranya
Mula-mula kita buat air gula dulu
Satukan semua bahan kecuali ubi dalam periuk dan masak sampai gula  larut
Bila dah masak, sejukkan dulu..kemudian tapis.

Kemudian tuang dalam ubi yang kita dah parut tadi dan kacau rata

Panaskan kukusan
Susun bekas kecil dalam kukusan

Tuang 1/2 bekas sahaja, kemudian kukus hingga masak dalam 20 minit
kalau nak letak loyang tuang semua dalam loyang, guna loyang 9 inc atau 8 inc pun boleh
Sementara tunggu bahagian bawah masak, kita sediakan bahagian atas


LAPISAN ATAS

2 kotak santan KARA-lebih sedap guna santan biasa
3 cawan air
7 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu teh garam
Cara-caranya
Satukan semua dalam periuk dan masak atas dapur hingga sedikit pekat, jangan pekat sangat nanti susah nak tuang.

Bila bahagian bawah dan masak, tuang lah bahagian putih atas bahagian bawah, sejukkan boleh di makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...