OOO

Jumaat, Julai 19, 2019

RESEPI ASAM REBUS SAYUR SEDAP

RESEPI ASAM REBUS SAYUR

Assalammualaikum semua
Resepi biasa biasa sajer, tapi rasanya nyaman di tekak bagi akak yang dah berusia ni.

Selalu buat bila tekak rasa nak makan masam masam dan tak pedas.  Kalau nak buh ikan sekor pun boleh yer.

Bahan-Bahan
  • 10 biji bendi –dibersihkan
  • terung-belah dua pastu potong serong
  • sebiji tomato-potong dua

Bahan Kisar atau tumbuk
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang cili merah
  • sedikit belacan
  • 3 cawan air
  • secukup air asam pekat
  • garam secukup rasa
  • ½ sudu teh gula (optional)
  • sebatang serai-tumbuk hujung

Cara-caranya
  • Masukkan bahan kisar/bahan tumbuk, serai ke dalam periuk bersama air & air asam. 
  • Biarkan mendidih lalu masukkan bendi, terung, garam & gula (optional). 
  • Biarkan sehingga bendi/terung layu sebentar baru masukkan tomato lalu matikan api. 
  • Siap utk dihidangkan

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...