OOO

Isnin, Julai 22, 2019

RESEPI KUEY TEOW SEDAP GUNA PES HOMEMADE

RESEPI KUEY TEOW SEDAP GUNA PES HOMEMADE

Assalammualaikum semua

Percayalah bila buat pes kuey teow guna rebusan kulit udang dan udang akan menyedapkan lagi kuey teow yang kita goreng kat rumah.

Bila dah siap pes, simpanlah dalam peti sejuk bila teringin nak goreng mee atau kuey teow bolehlah guna pes ini.

Dah pernah tepek dah tapi akak tepek lagi sekali.  Resepi dari member myresepi che'iza yang duk kat utara.


Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  sudu kecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang....
  2. Campurkan semua bahan unutk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.(akak tak buat pekat..cair sikit)  Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yang direbus memang depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jadi 1 sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...