OOO

Selasa, Ogos 06, 2019

ANAK SAUDARA TOK TI TERSINGKIR DI SUKU AKHIR CERIA MEGASTAR MINISTAR


ANAK SAUDARA TOK TI TERSINGKIR DI SUKU AKHIR CERIA MEGASTAR MINISTAR

5 Ogos 2019, Kuala Lumpur  
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, gagal untuk menempah namanya ke pentas separuh akhir ‘Ceria Megastar Ministar’. 
Umai mendendangkan lagu ‘Memburu Impian’ oleh Kazar pada konsert yang bertemakan ‘3, 2, 1… Action!’ itu dengan 


penuh bersemangat namun tidak dapat memenangi hati juri untuk mara ke konsert seterusnya.
 
Pada minggu ke-8 ‘Ceria Megastar Ministar’ ini, barisan juri tetap iaitu Pak Nil dan Zizan Razak disertai penyanyi dan 

pelakon popular Siti Nordiana sebagai juri jemputan. Malam suku akhir itu berkonsepkan ‘lakonan’ di mana setiap ‘Ministar’ (peserta program) perlu mempersembahkan lagu yang pernah dijadikan ‘OST’ bagi sesuatu drama atau filem.





Lagu-lagu yang dinanyikan oleh para ‘Ministar’ adalah:


MINISTAR
LAGU NYANYIAN
Aliff
‘Untukmu Ibu’ oleh Exists
Timah
‘Di Pintu Syurga’ oleh Dayang Nurfaizah
Eiffel
‘Never Enough & This is Me’ dari filem ‘The Greatest Showman’
Putri
‘Jeritan Batinku’ oleh Tan Sri P. Ramlee
Cici
‘Samudera’ oleh Nora
Umai
‘Memburu Impian’ oleh Kazar


Mentor kepada para Ministar ini, iaitu bekas peserta program realiti ‘Ceria Megastar’ –Wafiy Aan, Vanessa Reynauld, danChubb-E bersama-sama melatih mereka untuk memberikan persembahan terbaik dan pada masa yang sama ber-‘drama’ di atas pentas. 

Usaha ini juga dibantu oleh guru vokal, Mark Adam dan guru persembahan, Alam Wakaka yang berganding bahu untuk mempamerkan dengan skala lebih besar bakat-bakat tersembunyi terutamanya dalam dalam bidang lakonan Ministar-Ministar itu.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...