OOO

Jumaat, Ogos 02, 2019

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI SEDAP DAN RANGGUP

Assalammualaikum semua

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI SEDAP DAN RANGGUP

Alhamdulliah kali ni pokok mangga kat rumah akak yang lama mula berbuah kembali walaupun tak selebat dahulu, tapi bolehlah gak ambik untuk di buat jeruk.  Ada gak jiran berkenan, akak suruh mereka petik sendiri.

Bila dah banyak, akak buatlah jeruk mangga, dah masuk ke kali ke 3 buat.😋


Kali ni potongan buah mangga kena rendam selama 1 jam dalam air kapur untuk jadikan mangga ranggup.😍


Bahan-bahan
  • 3 biji mangga
  • 1 sudu teh kapur makan
  • Air gula (lebih kurang 1 cawan gula + 2 @3 cawan air)
  • Asam boi
  • 3 biji limau kasturi
  • cili api kalau suka pedas😘

CARA-CARA

Mula-mula basuh dan buang kulit mangga macam biasa.Hiris panjang-panjang tapi jangan nipis sangat sebab nanti tak rangup pula.
Seterusnya kita rendamkan mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur makan. Biarkan 1 jam.

Tujuan merendam dengan air kapur ni untuk bagi mangga tu rangup.

Kalau yang tak ada kapur dekat rumah boleh gantikan dengan garam kasar segenggam atau cuka. 

Lepas sejam, cuci semula mangg masukkan ke dalam balang.
Kemudian kita bancuh air gula dan tunggu sejuk. 

Bila dah sejuk baru tuang ke dalam balang bersama asam boi dan belah dua limau kasturi perah jusnya. 

Masukkan sekali bersama kulitnya ke dalam botol pastu tutup ketat masukkan ke dalam peti sejuk.

Kecur air liur kannn😌

5 ulasan:

  1. Nasib baik perut tengah x berapa sihat..kalau x balik kerja ni dh pi cari dh mangga muda

    BalasPadam
  2. hmmm akak ni buat orang terliur je

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak ina..sedapnya bila tengok jeruk tu...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...