OOO

Isnin, Ogos 19, 2019

MEKAH SCAMS. HATI HATILAH DI TANAH SUCI

MEKAH SCAMS

Perkongsian dari Fb Kenangan Haji Dan Umrah
oleh Encik Mohd Khairul Muhamed

Jangan fikir kat tanah suci tak ada orang jahat tau. Mutawif pun ada bagitau supaya hati hati semasa di sana.


Biasalah di mana ada ramai orang di situ akan ada mereka yang akan mengambil kesempatan dan Mekah tidak terkecuali.

Di sini saya senaraikan beberapa jenis penipuan (scam) yang biasa berlaku di Mekah terutamanya musim haji. Ada kisah dari rakan sebilik, saya tengok sendiri atau cerita jemaah haji lain.

1. Paling popular adalah sindiket Indonesia yang kononnya menolong kita untuk sampai ke depan Hajar Aswad. Bila selesai mereka akan menuntut bayaran 200 ke 500 riyal. Rakan bilik saya dikerumuni gang tersebut sehingga terpaksa membayar 200 riyal. Itu pun sebab dia kata itu saja duit yang ada. Berlaku pada hari pertama tiba di Mekah.

2. Scam Palestin - scammer mengaku dari Palestin dan kata putus belanja nak ke Madinah. Atau nak hantar duit untuk ibunya di Madinah yang nak datang Mekah. Selalunya tidak terima sumbangan kecil. Minima akan minta dalam 100 ke 200 riyal.

3. Scam teksi sapu (teksi atau van haram) - pemandu akan offer harga munasabah untuk pergi ke destinasi yang kita tanya. Bila sampai dia akan kata harga itu adalah untuk seorang, jadi kalau berdua dia akan kali 2. Kalau berlima dia akan tuntut tambang tersebut dikali 5. Kalau tak mahu bayar dia akan kata jom balik semula ke Mekah tapi dia akan bawa kita ke kawasan yang tidak diketahui dan ugut dengan batang paip. Sentiasalah guna teksi yang berdaftar (macam gambar).

4. Scam sakit - biasanya berlaku dalam masjid-masjid di sekitar Mekah. Selesai solat mereka akan ke depan dan menunjukkan balutan kepada jemaah sambil menangis meminta sumbangan. Kalau seorang bagi 1 riyal, satu waktu boleh dapat 100 riyal. 5 waktu dah 500. Mereka akan pusing masjid-masjid berbeza dan kecederaan berbeza sepanjang musim haji - contohnya minggu lepas balut kat perut minggu ni dah balut kat lengan. Ada yang dihalau imam masjid. (Yang ini saya rasa dia belajar dengan En Jamil cerita Madu Tiga). :-)

5. Scam tahfiz Afghanistan - tunjuk gambar atau sijil tahfiz di Afghanistan. Bila minta sumbangan mereka akan minta dalam jumlah yang agak besar, minima 100 riyal. Bila mereka sudah tetapkan 'sumbangan' maka faham-fahamlah dan segeralah beredar.

6. Scam budak kudung - Yang ini biasanya di jalan-jalan menuju hotel dari Masjidil Haram. Ada sederet budak-budak akan lipat tangan masuk dalam baju nampak macam kudung. Tapi bila dah habis shift atau dihalau polis tangan diorang akan tumbuh balik. :-)

Update - 7. Scam snap gambar - geng ni guna kamera polaroid (jenis snap terus keluar gambar). Biasa orang kena di Jabal Rahmah. Sekali snap kena lah bayar dalam 20 - 30 riyal. Kalau jumpa pandai-pandailah lari atau tutup muka. Kalau senyum terus kat kamera memang dia snap.

Update - 8. Scam gunting - geng ini akan tunggu di Marwah iaitu perhentian terakhir sa'ie. Mereka menawarkan gunting untuk mereka yang nak bertahalul. Selesai menggunting mereka akan meminta bayaran pinjam gunting pada harga yang tidak masuk akal. Kalau ada yang offer tolak dengan baik dan cari kedai gunting di luar Masjidil Haram untuk gunting atau cukur rambut. Cuma 10 riyal.

Jadi para jemaah haji pandai-pandailah menilai dan saling ingat mengingatkan. Ada banyak saluran untuk bersedekah, sebagaimana yang telah banyak dikongsikan.

Semoga para jemaah haji dipelihara Allah semasa di tanah suci.

2 ulasan:

  1. Masa gi tanah suci...saya dan family ikut tour. Boleh pulak dia rampas passport saya. Geram je rasa. Saya ikut dia nasib baik dapat balik. Dia nak suruh ikut dia jadi boleh la dia dapat duit.

    BalasPadam
  2. Sebab tu kita kena hati- hati dan jangan sesekali leka kan kak..kalau boleh elakkan dari dari berlaku..tapi kalau benda nak jadi elak macam mana pun kena juga

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...