OOO

Jumaat, Ogos 16, 2019

RAMLY KOPITIAM/CHOP TONG AH BATU PAHAT JOHOR

Chop Tong Ah / Ramly Kopitiam

Assalammualaikum semua

Lama tak tulis pasal makan makan kan.  Sebab bila makan tak teringat nak ambik gambar makanan sebab sibuk makan dengan anak cucu.

Dah lama tenguk kopitam ni, tak masuk masuk juga dari sejak Yana duk Batu Pahat.  Terletak dekat area Pasar Batu Pahat, nak parking memang payah pastu kena ada kupon parking.  

Bulan lepas kami keluar awal pagi nak balik ke rumah, kebetulan akak nak beli tempe kat pasar. Bukan ajer beli tempe, beli durianlah, beli cili api dan ubi kayu sebab kat sana ubi kayu nya empuk.

Akak ajak suami sarap kat sini, kebetulan ada parking kosong kat depan kedai ni.  Ingat nak cuba makan lontong sate tapi malangnya kami sampai dalam pukul 7 lebih satay dan lontong belum siap masak lagi.
Kami pilih nasi lemak sambal sotong, hermm buh papadom lak nasi lemak dia, sambal sotong guna sotong kembang, akak tak berapa suka sangat sotong kembang.  Ikut tekak akak lah tau, kalau tekak orang lain boleh terima kann
pilihan suami, kopi ooo memang kaww, telur separuh masuk cam biasalah kan


Jumlah kami makan pagi tu RM18 hinggit 

Kalau datang ke Batu Pahat, boleh try tapi untuk sarapan pagi jer tau.  Ada gak menu soto dan mee rebus.

Sekarang ni mudah, taip jer nama tempat makan nanti akan jumpa tempatnya.

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...