OOO

Khamis, April 17, 2025

HAJI GUNA KERUSI RODA ELEKTRIK/ELECTRIC WHEELCHAIR

Assalammualaikum semua

Cepat sungguh masa berlalu. Baru rasanya kami berdua ke sana pada tahun lepas.

Tak lama lagi akan tiba pula musim haji tahun 2025. Tahun ini InsyaAllah bakal jemaah haji akan mula terbang pada bulan April.


Alhamdulliah 3 anak buah akak akan ke sana pada tahun ini.  Semuga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk mereka bertiga.

Kami suami isteri ikut PJH. Akak boleh lagi berdiri/jalan pakai tongkat tapi tak boleh berdiri lama. Anak nasihatkan kami agar beli kerusi roda letrik untuk memudahkan suami akak.

Masa di Movenpick KLIA  petugas haji Juara suruh anak akak bawak gi wrap masuk kargo.  Kena bayar berapa anak tak nak bagitau.

Suami kena tolak akak pakai kerusi roda th sambil bawa beg hand carry. Untung guna kerusi roda sebab kami diberikan keutamaan untuk masuk dulu untuk timbang beg. Tak payah suami nak berdiri lama dalam barisan.


Selepas timbang beg masuk dulu bilik taklimat dan diberikan makanan dan minuman. Bila semua dah masuk ke dewan ada taklimat ring kas dan bacaan doa.

Tak sedar airmata berlinangan masa tu. Dari situ terus ditolak  naik bas. Istimewa bagi kami disediakan 1 bas yang ada ramp. Last sekali jalan tapi no 1 sampai ke KLIA di iringi  polis. Terasa macam VIPP lah pulak😁


Sampai di klia turun bas  ada staff klia tolak sampai ke imigresen, cop dan scan jari kat imigresen arab saudi sampai masuk flight. Alhamdulliah kebetulan dapat lak terpilih duk business class.

Terlelap masa bermabit sebelum melontar di jamrah.

Masa di Mina akak bawa tapi tak guna sebab keadaan yang sempit dan sesak. 

Akak guna tongkat yang ada kerusi untuk mandi dan beratur semasa nak ke tandas.


Di Mudzalifah memang sesak, akak guna tongkat duk kat area dekat bas berhenti. 

Bila dah ada yang pulang ke Mina baru kami dapat tempat yang selesa.

Solat subuh sebelum melontar 
Alhamdulliah masa bermabit tak pernah lagi kena halau oleh polis.

Seorang jemaah akak petugas  TH tak bagi turun duk jer atas bas.

Masa di Arafah pun tak guna juga. Ada nampak sorang hajjah guna kerusi roda macam akak di situ.

Masa melontar sampai habis memang guna. Alhamdulliah dipermudahkan urusan semasa melontar walaupun kami bermabit separuh malam.


Memang perlukan pengiring/pembantu nak angkat kerusi roda akak. Terima kasih suami tersayang yang sentiasa layan akak semasa di sana.

Nak masuk Raudah di Madinah kena ikut laluan ni. Tak puas gak sebab masa diberikan sekejap ajer. 

Terima kasih petugas juara travel  yang banyak membantu kami berdua masukkan kerusi roda bawah bas semasa perjalanan haji kami.


Kami beli yang light tak berat sangat dalam 14kg .

Berbaloi rasanya sebab harga upah tolak kerusi roda agak mahal masa musim haji.


Ahad, April 06, 2025

MASAKAN RAYA 2025

 Assalammualaikum semua

Apa khabar? Harap semua ceria raya tahun ini.

Masak apa raya tahun ni? Akak masak sambal tumis sotong kering, kuah lodeh dan rendang lawan dengan ketupat daun.

Rendang daging minang. Resepi ada kat dalam blog. Search j.er yer.
Cucu no 6. Daun ketupat mahal tahun ni. Besan akak kat Batu Pahat memang ambik pukal sebab ambil tempahan menu raya.

Mintak ajer kat menantu suruh bawak balik sini. Nasib baik kat rumah ada yang pandai menganyam. 

Adik duk kat Shah Alam merungut orang jual belonging ketupat RM2 satu yang dah siap masak 10 biji RM3.50 satu. Mahal kan😗

Akhirnya adik beli lontong daun. Tahun pakat nak ambik tempahan kelongsong ketupatlah🫠.

Lama betul tak update blog kann

SELAMAT HARI RAYA 

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...