OOO

Jumaat, November 07, 2008

Inilah gambar mak masa kecik dan surat beranak mak










Sebagaimana di janjikan nilah gambar mak masa kecil. Apamacam..sama tak macam muka akak.Tenguklah surat beranak mak..dah koyak..sampai kena tampal. Mak nikan anak cina dan di ambil oleh orang melayu.Ayah mak masa tu kerja dia tanam sayur aje.Tu yang tulis dalam surat beranak dia.Tertanya jugak akak apa pasal mak dan ayah dia beri kat orang melayu ye?Mungkinkah adik beradik mak ramai? Entahlah rugi pulak tak tanya pada arwah mak su dan arwah pakcik Zakaria.(sorrylah bukan mak som tapi mak su)tadi tanya mak balik.

Nama mak Chen Moo .ai (depan tu tak nampak..pasal dah koyak)
Nama bapa dia : Chen ... ..... (pun tak boleh baca)
Occupation : Tanam sayur
Maiden Name : Lai Faa
Nationality : Hakka
Nationality : Hakka
When born : pun tak boleh baca
Where born : Ampang Junction (Kampung)
Sign of informant and signature : Chen Hoi

Tengukklah sendiri surat beranak mak tu..dah koyak dan dah kena tampal dgn cellotape.

Sebelah mak tulah Mak Su. Mak Su ni ada abang. Nama dia Zakaria. Yang berdiri tu suami Mak Su.

Akak jumpa balik dengan mak su ni masa akak dah besar. Pak long kamar yang bawak kami gi kat rumah dia kat Subang Jaya. Suami dia dah lama meninggal dunia. Tapi anak beranak dia okey aje dengan mak. Mereka semua panggil mak Mak Mah. Masa kakak akak kawin (akak kawin dulu) dia orang datang..lepas tu lost contact. Mak su layan kami 3 beradik saja. Tapi dengan mak dia langsung tak pandang dan bertegur sapa. Mak pun apalagi melelehlah airmata dia.
Rupa-rupanya mak su dan pak long kamar ni selalu berhubung. Dia tanyakan pasal mak. Maknanya dia masih sayang dengan mak. Tapi oleh sebab mungkin kisah lama tu dia tak dapat maafkan jadi dia buat mak macam tu.

Lepas makan dan minum (mak tak minumpun) mak ajak balik. Kesian mak..sepanjang jalan mak menangis. Kami semua pujuk mak..Tak apalah mak orang tak sudi kita tak yahlah pergi lagi kecuali kalau dia meninggal nanti.

Masa mak su meninggal akak bawak mak gi rumah dia. Sesatlah pulak tu.. pasal tak biasa dengan area tu. Rupanya dekat dengan Masjid Subang dan Perubatan Subang Jaya. Oleh kerana tu kami tak sempat nak lihat arwah..dah pun di bawa ke tanah perkuburan. Tapi dapatjuga jumpa salah seorang anak dia kat rumah. Tak apalah janji telah pun ter tunnai. Al fatihah untuk arwah mak su.

Nanti akak nak cerita dan tunjuk gambar arwah pak cik Zakaria yang baik hati tu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...