OOO

Jumaat, November 21, 2008

Masak Lemak Ikan Keli Salai



Oleh kerana geram tenguk lauk ikan keli kat rumah chef ah mat gebu...akak pun masaklah jugak...yang bestnya ikan keli cik mat tu..ikan fresh baru di tangkap...akak pulak memang pun di tangkap...tapi kat kedai.......selalunya ikan ni di salai diatas arang dan daun pisang.......kalau balik kg di melaka...akak suka beli yang dah siap salai.....tapi mahallah sikit. Akak suka masak gulai ni di campur dengan pisang muda, buah belimbing buluh dan buah bachang. Kali ni akak masak dengan daun tangki. Saja nak tunjuk dengan cik mat..akak pun ada pinggan jenis lama ni.............

Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
3. 1 liter santan (kalau boleh biar pekat sikit)
4. 1 inci kunyit
5. 1 inci halia
6. 1 helai daun kunyit
7. 1 ikat daun tangki (kat pasar jual RM1.00)
8. 2 batang serai
9. 5 biji limau kasturi (ambil airnya)
10.garam secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam.
2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
3. Letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang. (Akak salai di dalam oven aje)
4. Ambil daun tangki sahaja. Bersihkan.
4. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan halia. Titikkan serai.
5. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan dalam periuk.
6. Gunakan api perlahan sehingga santan mendidih.
7. Masukkan ikan yang telah di salai dan daun tangki.
8. Mendidih..masukkan garam dan jus asam limau.
9. Padamkan api. Jangan masak terlalu lama nanti ikan hancur.



Ikan keli yang siap di salai di dalam oven.



Nilah daun tangki...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...