OOO

Jumaat, November 14, 2008

Sambal tumis petai

Sambal tumis petai........sedapkan makan dengan nasi lemak atau nasi biasa.....
Petai ni kalau yang best...masa baru beli tu...kalau dah masuk peti sejuk, kurang sikit rasanya.....ni edit dari nasi lemak hari tu......ulang tayanglah ni...

Bahan-bahannya

  • Satu mangkuk kecil ikan bilis2 papan petai
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 2 biji bawang besar(sebiji di kisar ..1 biji lagi hiris bulat)
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • Air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara-caranya

  1. Tumbuk atau kisar bawang kecil, bawang putih, 1 biji bawang besar, belacan dan sedikit ikan bilis.
  2. Tumiskan bahan yang telah dikisar..setelah naik bau masukkan pula cili
  3. Gunakan api perlahan supaya cili tu masak.
  4. Masukkan garam(akak suka masukkan garam masa part ni)
  5. Setelah cili naik minyak (masak) masukkan air asam jawa.
  6. Biarkan masak dalam 5-10 minit baru masukkan ikan bilis.
  7. Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris bersama petai.
  8. Tunggu lagi dalam 10 minit..rasa garam dan asam dulu.
  9. Kalau okey bolehlah di hidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...