Ingatkan nak pergi pukul 9.00 pagi tapi ira pulak kata..........
Mak tak payahlah datang pagi-pagi.....
Kenapa pulak....
Cikgu cakap ibubapa boleh datang dalam pukul 11.00 pagi......
Okeylah mak mungkin datang dalam pukul 10.00 pagi....
Akak buat kerja rumah macam biasa....ala...menyidai kain, sapu dan vaccum rumah...
entah kenapalah hari ni mood rajin nak mengemas datang...........
Tenguk-tenguk dah pukul 10.15 pagi....baru nak siap-siap...dia hantar sms....
mak result dah nak keluar.......
Kelamkabutlah akak bersiap...kebetulan si imran pun cuti....bawak kereta pun laju semacam..dalam hati berdebar-debar lagi tu...sampai kat sekolah....tenguk dia dah tunggu kat pintu pagar sekolah.......bila dah parking.....dia meluru keluar dari pagar sekolah sambil menangis.........
Kenapa ira menangis ni.....
Ira cuma dapat 4A 1B.....kawan baik ira dapat 5 A (sambil menangis teresak-esak)
Dalam hati bersyukur jugak....semasa ujian bulanan dan ujian percubaan tak pernah lagi dia dapat 4A ....selalunya 3A 2B ataupun 3A 1B dan 1C(Sains) memang ira ni lemah sikit dalam pelajaran sains ni...alhamdulliah kali sains dapat B....
La....ingatkan dapat 5C......okeylah tu....ambil phone...... call ayah.....
Masa call ayah dia pun dia masih lagi menangis teresak-esak....
Entah apa ayah dia cakap dengan dia.......dia mula berhenti menangis.....agaknya ayah dia janji nak bagi hadiah kot...tanya dia tak mau cakap........
Dah....redha aje dengan keputusan tu.....masih ada lagi masa untuk berjaya.....bukan ira tak naik tingkatan satu pun (nak pujuk dia dan nak bagi motivasi sikit kat dia)..dah lap air mata tu..nanti member tenguk malu......jom gi kat dewan....mak nak jumpa cikgu nak tanya bila keluar borang sekolah menengah agama....sampai kat dewan...lagi haru....rupanya masih ramai lagi yang mengalirkan air mata lagi...sedih pulak akak dibuatnya..nasib baik akak tak melalak......
Tenguklah suasana kat dewan tu...ada yang menangis kerana kegembiraan dan dan ada yang menangis kerana kegagalan...cikgu (yang berbaju kurung coklat) tengah pujuk anak murid yang mengalirkan airmata..............
Masa ni dah okey sikit dah....bersama dengan rakan sebaya.. tengah tunggu nak ambil gambar kenangan untuk majalah sekolah.
Nilah cikgu kelas Atirah...kalau nak tahu ni jugaklah guru yang mengajar semua anak akak masa darjah enam....dari anak pertama hingga anak ke empat.....nama dia cikgu Khairani..terima kasih cikgu kerana mendidik anak akak dan pengorbanan cikgu tiada ternilai dan budi cikgu tidak akan di lupakan...lepas ni tiada lagi anak akak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Koperasi Polis Fasa 1. Si imran sekolah kat tempat lain....
Akak bersama guru kelas Athiran..Kelas 6 Bijak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan