Bagi pencinta kek oren...memang bolehlah cuba buat kek oren mentega ni...memang wangi bau kek ni.. sedap dan lembut rasanya...memang tak rugi tau kalau buat kek ni..dahlah nak buat kek ni mudah..Akak suruh anak dara akak yang buat..yelah..duduk bercuti ni biarlah dia asah skill membaking tu..dah cakap dengan dia...walaupun tinggi mana belajar..tetap jugak kena pandai hal dapur..akak kutip resepi ni dari rumah jun..tapi dia jumpa kat rumah rossya fotopage..terima kasih ajelah pada rossya tu ye...memang menjilat loyang.....
Bahan-bahan
- 250gm mentega - suhu bilik (lembut)
- 2 sudu besar parutan kulit oren (ikut jun guna 1 biji oren)
- 330gm gula halus
- 4 biji telur
- 225gm tepung naik sendiri*
- 75gm tepung gandum *
- 180ml jus oren
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum dan tepung naik sendiri. Ketepikan.
2. Pukul mentega, kulit oren dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Gunakan whisk..masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan jus oren. Kaup balikkan sahaja.
5. Masukkan ke dalam loyang yang telah di lenser dengan mentega. Akak taburi dengan badam cincang.
5. Bakar selama 1 jam 10 minit bergantung kepada oven masing-masing..akak bakar 1 jam aje.
Ina...salam maal hijrah dari akak buat ina...
BalasPadamSedap nampaknya pizza buatan sendiri tu...
Kalau akak...selalunya beli pizza base kat kedai je...pastu bahan2nya sendiri buat...
sedapnya kak pizza tu..
BalasPadam