OOO
Ahad, Disember 14, 2008
Kari Daging
Masak kari daging buat makan tengahari..cadangnya petang nanti boleh buat roti jala untuk makan petang...
Bahan-bahan
1. 700gm daging - akak gunakan yang lembut
2. 1 liter santan
3. 2 biji bawang besar - 1 tumbuk dan 1 lagi hiris halus
4. 8 biji bawang merah - 6 biji ditumbuk dan 2 di hiris halus
5. 4 biji bawang putih - tumbuk
6. 1 inci halia - tumbuk
7. 1 biji tomato - dicincang halus
8. 2 biji ubi kentang - potong 4
9. 5-6 sudu makan kari daging - akak guna baba
10. minyak dan garam secukupnya
11. 1 sudu kecil jus asam jawa
Bahan tumis
1. 2 tangkai daun kari
2. 1 batang kayu manis
3. 3 biji buah pelaga
4. 3 biji bunga cengkih
5. 2 biji bunga lawang
Cara-cara
1. Tumbuk atau kisar bawang bersama halia. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang kecil yang dihiris bersama bahan tumis. Biarkan berbau wangi.
3. Masukkan pula bawang kisar dan tomato cincang tadi. Tumis seketika.
4. Masukkan pula rempah kari daging. perlahankan api dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan garam.
5. Masukkan ubi kentang dan daging. Biarkan dalam 10 minit sambil dikacau selalu.
6. Masukkan santan dan biarkan mendidih selama 10-15 minit.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Labels:
daging
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan