OOO

Khamis, Disember 04, 2008

Kari Kepala Ikan


Orang kata kalau makan kepala ikan ... nanti cepat lupa...sekali-sekali tak apa kan...yang suka selalunya suami, akak dan firdaus...yang lain kurang sikit...kena masak lauk lain untuk mereka..selalunya masakkan telur mata kerbau masak kicap ataupun masak nasi goreng bubuh telur banyak-banyak..

Bahan-bahan

1. 1 biji (btl ke) kepala ikan - saiz terpulang kepada masing-masing
2. 1 biji bawang besar - kisar
3. 6 biji bawang merah - kisar
4. 4 biji bawang putih - kisar
5. 1 inci halia - kisar
6. 5 sudu makan kari ikan - akak guna babas
7. 2 cawan air asam jawa
8. 5 biji bendi
9. 1 biji tomato
10. minyak dan garam secukupnya

Bahan tumis

1. 1 biji bawang besar - hiris
2. 2 biji bawang merah - hiris
3. 1 biji bawang kecil - hiris
4. 1 sudu makan rempah ikan - campuran halba, biji sawi dan jintan manis
5. 1 biji tomato - cincang dadu
6. 1 tangkai daun kari

Cara-cara

1. Basuh kepala ikan dan rendam dengan air asam jawa/limau dlm 10 minit.Toskan.
2. Tumis rempah ikan dan daun kari..naik bau..masukkan semua hirisan bawang tadi.
3. Apabila layu dan berbau wangi, masukkan pula tomato yang telah dicincang.
4. Masukkan rempah ikan dengan sedikit air, perlahankan api dan biarkan rempah tadi dalam 10 minit sehingga naik minyak...kacau selalu. Masukkan garam.
5. Masukkan pula air asam jawa. Bila mengelegak baru masukkan kepala ikan tadi. Biarkan ia masak dan masukkan bendi dan tomato. Balikkan perlahan-lahan takut kepala ikan hancur. Bila sudah masak, padamkan api.

p/s resepi ni kalau nak bubuh santan pun boleh..tukar aje 2 cawan santan..jus asam jawa kena letak jugak.....dalam 2 sudu makan...tapi akak suka makan macam ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...