OOO

Rabu, Disember 03, 2008

Resepi Pizza

 
Bila anak-anak dah berkumpul semula barulah seronok nak buat macam-macam....ada nak makan pizzalah..nak makan kek kejulah...oleh kerana sibuk hari sabtu dengan kenduri kawin dan kenduri cukur jambul cucu ustaz depan rumah..tak sempatlah nak buat pizza petang sabtu tu..akhirnya buat pizza hari ahad pagi...sebenarnya doh ni...macam-macam resepi dia...akak suka buat pakai resepi ni...entah kat mana ambik..dah lupalah.....

Sebenarnya ada 2 pizza yang sedang..tapi tak sempat nak snap...dah masuk dalam mulut anak-anak...dah lapar...tinggal yang kecil aje...

Bahan Untuk Doh

1. 2 cawan tepung roti (kat rumah akak kena buat 2x ganda)
2. 1 sudu kecil yis segera
3. 1 sudu teh gula
4. 1/2 sudu teh garam
5. 1/2 cawan air suam (akak tambah sikit dalam 2 sudu makan)
6. 2 sudu makan minyak zaiton

Cara-cara

1. Campurkan gula dan yis dalam air suam. Biarkan berbuih.
2. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang di campur dengan garam dan minyak zaiton.
3. Uli sehingga lembut dan licin. Tutup dengan sling wrap dan biarkan naik sehingga 2x ganda.
4. Setelah naik...tumbuk untuk buang angin dan canaikan dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Biarkan seketika. Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

Bahan Untuk Sos

1. 500gm daging kisar
2. 1 biji tomato (kisar halus)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 3 sudu makan sos tomato
5. 2 sudu makan pes tomato
6. 1 sudu teh mixed herb
7. 1 sudu teh pizza herb
8. 3 biji bawang putih di cincang
9. garam secukup rasa
10. minyak zaiton
Cara-cara

1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, pizza herb dan garam.
4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api.

Bahan Untuk Di letak di atas pizza(sebenarnya ikut suka hati)Akak letak

1. hot dog (hiris halus)
2. filament stick crab (potong kecil)
3. cili banggala/bawang besar
4. nanas dalam tin
5. cheddar cheese
6. mozarella cheese


6 ulasan:

  1. nampak menarik la pizza kak ina ni
    cute2 je pizza..mesti anak2 suke kan..huhuh..lapo lak tgk makanan je

    BalasPadam
  2. kak ina cedapnyer pijaaa.... linn dah lama tak buat pijaaa.....

    salam kenal juga yer kak... hehheeh makin bertambah kawan linn yg duk umah.... hehhehehheheeh

    tima kasih singgah umah linn... jgn lupo singgah lagi..bgtau yerk..leh siap kan cekodok..hehehheh

    BalasPadam
  3. kak ina byknyer resepi.... haiyooo makin gemukslah linn nanti duk menerai resepi akak......hehhehehheh

    BalasPadam
  4. tq ye nur syafawati kerana singgah kat rumah akak..hb kamu kan rajin ke dapor..suruh aje dia uli doh tu..
    memang sedap pizza ni dari pizza hut..(perasanlah akak ni)

    BalasPadam
  5. Ciklinn...member cyber memang ramai..walaupun tak pernah jumpa..tapi macam dah kenal lama...
    kakak ipar akak tinggal di teluk panglima garang tau..selalu gaklah gi sana..

    BalasPadam
  6. ciklinn...kalau nak diet..jgn mkn byk...ambik sikit aje..untuk lepas kempunan...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...